Tuesday, February 26, 2013
MAJLIS PENYERAHAN WANG BR1M 2.0 DI KAWASAN DUN BALAKONG YANG KE-3
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah
membantu dalam majlis penyerahan wang BR1M 2.0 di kawasan DUN Balakong yang
ke-3. Kira-kira 2800 orang penerima, termasuk RM500 dan RM250. Terdapat juga
penerima yang datang sepatutnya mengambil voucher semasa majlis penyerahan BR1M
2.0 di kawasan DUN Balakong yang pertama dan ke-2.
Butir-butiran dalam majlis ini adalah seperti
berikut : -
Tempat: Rekreasi JKKK Bt.11 Cheras
Masa: 11.00a.m. – 5.00p.m.
En. Allan Liew mendapat aduan dalam masalah-masalah
yang dihadapi oleh pemohon BR1M 2.0.
(a) Tempat penerima mengambil voucher BR1M 2.0
adalah tidak mengikuti DUN
(b) Penerima yang
tinggal di DUN Balakong telah disuruh untuk mengambil voucher di Dusun Tua,
Daerah Hulu Langat atau Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri
Dari kiri Dato Hoh Hee Lee, Dari Kanan, Allan Liew Sin Kim
Monday, February 25, 2013
MAJLIS MAKAN TENGAH-HARI AHLI-AHLI PASUKAN PENCERAMAH POLITIK MCA SELANGOR DENGAN EXCO MCA SELANGOR
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang ) telah
dijemput untuk menghadiri majlis makan tengah-hari ahli-ahli pasukan Penceramah Politik MCA Selangor dengan EXCO MCA Selangor.
Tempat
: - Restaurant Chef Rasa Sayang Kristal Sdn. Bhd. (Crystal Hotel Petaling Jaya)
Masa
: - 12.00 tengah-hari hingga 1.40petang
Jumlah
para hadirin : kira-kira 40orang
Y.B. Dato’ Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Dato’ Liew
Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang),
Y.B. Senator Chew Lee Giok (Ketua MCA
Wanita Selangor) juga turut hadir.
Dalam majlis makan ini, sekali gus, En. Allan Liew
bersama-sama dengan pasukan penceramah politik MCA Selangor dan juga EXCO MCA
Selangor telah membuat persediaan dalam perjuangan kemenangan Barisan Nasional
dalam PRU-13.
Saturday, February 23, 2013
PESTA ANGPOW WARGA MAS, RUKUN TETANGGA TAMAN MEGAH
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang)
telah dijemput untuk menghadiri Pesta Angpow Warga Mas yang dianjurkan oleh
Rukun Tetangga Taman Megah di Gelanggang Bola Keranjang Taman Megah. Pesta ini
berlangsung pada pukul 10.30pagi dan berakhir kira-kira pada 11.30pagi. Seramai
60 warga mas telah menerima Angpow dan juga cenderamata. Jumlah para hadirin
adalah kira-kira 70orang.
Dato' Yap Pian Hon (Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor), Dato ' Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang), En.
Andy (Pegawai Pejabat dan Intergrasi
Nasional Daerah Hulu Langat), Puan Herdiyana (Pegawai Penyelaras Integrasi Nasional Zon Balakong) juga turut
hadir. En. Allan Liew juga mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi dengan
orang-orang yang hadir.
Wednesday, February 20, 2013
MAJLIS PENYERAHAN WANG BR1M 2.0 DI KAWASAN DUN BALAKONG YANG KE-2
Majlis penyerahan wang BR1M 2.0 di kawasan DUN
Balakong yang ke-2 telah diadakan di Pusat Rekreasi JKKK Bt.11 Cheras pada
pukul 11pagi hingga pukul 5petang. Penerima untuk RM500 adalah seramai
kira-kira 1500 orang dan penerima untuk RM250 adalah seramai kira-kira 2178
orang. Terdapat juga penerima yang belum ambil voucher RM500 pada majlis
penyeraha BR1M 2.0 yang pertama (Februari 6, 2013 dan Februari 7, 2013) pada
lalu ada hadir untuk mengambil. En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) sekali
lagi turun padang untuk menolong dan membantu dalam majlis ini.
Selain itu, En. Allan Liew telah
mendapati bahawa tempat penerima mengambil voucher BR1M 2.0 adalah tidak
mengikuti DUN dan tidak berdekatan dengan tempat tinggal mereka dan ini amat
menyusahkan penerima. Terdapat penerima yang tinggal di DUN Balakong telah
disuruh untuk mengambil di Dusun Tua, Daerah Hulu Langat. Tambahan pula, En.
Allan Liew juga mendapati bahawa terdapat penerima yang tidak menerima surat
walaupun nama terdapat dalam senarai nama yang patut mengambil pada hari ini
dan terdapat kes-kes yang surat dihantar ke alamat yang salah. En. Allan Liew
berpendapat bahawa kesilapan seperti ini akan membawa kesusahan dan menambahkan beban penerima.
Tuesday, February 19, 2013
MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2013, SERDANG
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013, Serdang
yang dianjurkan oleh MCA Bahagian Serdang bersama-sama
dengan MCA Wanita dan MCA Pemuda bertempat di Restaurant
Lek Lek, Seri Kembangan pada pukul 7.30malam dan berakhir pada kira-kira pukul
10.30malam. Seramai kira-kira 310orang yang telah hadir. Pengerusi penganjur
majlis ini adalah Dato’ Liew Yuen Keong (Pengerusi
MCA Serdang).
Y.B. Dato’ Seri Liow Tiong Lai (Timbalan Presiden MCA), Y.B. Dato’ Seri
Chor Chee Heung (Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan), Y.B. Dato’ Danald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Y.B. Senator Chew Lee Giok (Ketua MCA Wanita Selangor) juga turut
hadir. En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro
Aduan Awam MCA Serdang) telah dijemput untuk
menghadiri dalam majlis ini.
Sempena majlis yang begitu meriah
ini, Y.B. Dato’ Donald Lim telah memberi angpow kepada para hadirin. En. Allan
Liew sekali gus telah mengambil kesempatan ini untuk menjalinkan hubungan antara satu sama lain.
Sunday, February 17, 2013
MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA (DONG ZONG)
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan
oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong)
telah diadakan di Padang Bangunan Dong Jiao Zong Kajang. Seramai
sekurang-kurangnya 5000 orang para hadirin dan wakil-wakil daripada Barisan
Nasional telah hadir dalam majlis ini. Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia ke-6), Datuk
Seri Dr. Chua Soi Lek (Presiden MCA),
Y.B. Datuk Seri Liow Tiong Lai (Timbalan
President MCA) dan Y.B. Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong (Timbalan Menteri Pendidikan), Y.B. Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan
Menteri Kewangan) juga turut hadir dalam majlis ini supaya dapat mengeratkan
lagi hubungan mereka dengan rakyat.
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) juga menghadiri dalam majlis ini supaya dapat mengambil
kesempatan yang baik ini untuk mengeratkan hubungannya dan berinteraksi dengan
para hadirin. Dengan ini para hadirin dapat berkongsi masalah mereka dan
pendapat mereka dengan En. Allan Liew. Persembahan yang menarik tradisi Cina
seperti tarian singa juga diadakan dalam majlis yang meriah ini.
En. Allan Liew berpendapat bahawa
dalam perayaan Cina ini, adalah amat bermakna kepada golongan warga Cina dan dia
berasa amat bermakna kerana dapat menghadiri majlis Tahun Baru Cina seperti ini
dan dapat bersama-sama dengan para hadirin untuk meraikan Tahun Baru Cina.
Sunday, February 10, 2013
RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA MCA
- En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah
menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina
MCA yang berlangsung di Padang Sri
Johor, Bandar Tun Razak. Sambutan yang begitu meriah dan besar ini telah
mendapat sokongan dari rakyat dan ramai yang telah hadir. Tambahan pula,
terdapat ramai ahli politik yang turut adil. Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia ke-6) , Y.B.
Tan Sri Muhyiddin Yasin (Timbalan Perdana
Menteri), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (President
MCA), Y.B. Datuk Seri Ng Yen Yen, Y.B. datuk Seri Liow Tiong Lai, Y.B.
Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai, Datuk Seri G.
Palanivel dan ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin yang lain. Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad dan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Samy
Vellu juga hadir. Ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin yang hadir telah
menambahkan kemeriahan dan mesra rakyat. Selain itu, bukan saja rakyat Malaysia
yang terdiri dari pelbagai kaum yang hadir , akan tetapi pelancong asing juga
turut hadir.
En. Allan Liew mengambil kesempatan
ini untuk bertemu dan berinteraksi dengan orang ramai daripada pelbagai kaum
dan juga orang dari luar Negara. Pelancaran Bas Kestabilan Rakyat juga diadakan
pada hari tersebut.
En. Allan Liew
(tengah) bersama dengan Datuk Seri Dr.
Chua Soi Lek (kanan) dan Y.B. Datuk Ir, Donald Lim Siang Chai (kiri)
Dari kanan En.
Allan Liew , Y.B. Datuk Seri Kong Cho Ha
Pelancaran Bas Kestabilan Rakyat
Saturday, February 9, 2013
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
Salam 1Malaysia,
Kita ingin
mengambil kesempatan dalam perayaan yang amat penting ini untuk mengucapkan
Selamat Tahun Baru Cina kepada warga Malaysia yang meraikan Tahun Baru Cina.
Semoga Tahun Ular ini akan membawa Kejayaan, Kesejahteraan, Kedamaian, Kemakmuran dan Kesihatan yang Baik kepada
semua rakyat Malaysia.
Kita berasa amat
bersyukur kerana kita mempunyai peluang ini untuk menyambutkan Tahun Baru Cina
ini bersama-sama dengan anda di Negara
ini yang berbagai-bagai Kaum. Kita berjanji bahawa kita akan meneruskan usaha
kita dalam berkhidmat untuk anda semua demi mencapai pembangunan dan
kegemilangan negara maju kita, Malaysia dan untuk generasi ke generasi.
Bagi Tahun Ular
ini, kita akan menepati janji kita untuk meneruskan usaha dalam mengukuhkan
perpaduan antara satu sama lain dalam Malaysia yang merupakan teras utama untuk
mencapai negara yang maju, aman, damai dan berpendapatan tinggi serta negara
yang berpelbagai kaum dengan mengikuti Falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.
Selamat Tahun Baru
Cina ! Gong Xi Fa Cai ! Happy Chinese
New Year !
Thursday, February 7, 2013
MAJLIS PENYERAHAN WANG BR1M 2.0 DUN BALAKONG
Majlis penyerahan wang BR1M 2.0 di kawasan DUN
Balakong telah berlangsung selama 2 hari itu pada hari Februari 6, 2013 dan
Februari 7, 2013 bertempat di Pusat Rekreasi JKKK BT.11 Cheras. Penyerahan wang
BR1M bermula pada pukul 11pagi dan berakhir pada pukul 5petang dalam 2 hari
berturut-turut. Seramai 3626orang yang akan terima wang BR1M 2.0. Beberapa
kaunter telah diaturkan iaitu kaunter semakan, kaunter memberi cop untuk
mengambil baucher RM500 dan kaunter mengisi dan mendapatkan surat akuan.
Baucher RM500 yang diterima boleh ditukar kepada wang di Bank Simpanan Nasional
yang berdekatan. Selain itu, keistimewaan telah diberi kepada orang kurang
upaya, warga mas, dan wanita yang hamil untuk mengurangkan beban mereka.
En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan Awam MCA Serdang ) telah turut serta dalam aktiviti ini. En. Allan Liew telah pergi
ke setiap kaunter untuk memberi bantuan supaya dapat meringankan beban orang
yang sedang berkhidmat dan sekali gus, En. Allan Liew ingin berinteraksi dan
berkomunikasi dengan lebih dengan orang ramai supaya boleh mendapat maklumbalas
daripada mereka supaya sebarang kekurangan dapat dipertingakatkan pada masa
yang akan datang. En. Allan Liew juga mendapati bahawa sesetangah penerima BR1M
2.0 tidak mendapat surat akan tetapi nama terdapat dalam di senarai nama
tersebut. Selain itu, terdapat juga golongan warga Cina, yang tidak menerima
dalam kumpulan pertama ini tidak beberapa puas hati, kerana mereka berharap
mereka boleh mendapatkan wang untuk meraikan Tahun Baru Cina. Walaubagaimanpun,
mereka juga meluahkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi bantuan wang
ini.
Selain itu, pada hari ini, minuman
dan makanan telah disediakan untuk orang ramai dan juga kepada pekerja-pekerja
dibank. Tambahan pula, juga terdapat
pameran tentang dadah yang membahaya pada hari tersebut untuk mewujudkan lebih
kesedaran oleh orang ramai terhadap dadah yang membawa maut.
Tuesday, February 5, 2013
TINJAUAN MESRA RAKYAT RUMAH KE RUMAH DAN KAWASAN BALAKONG
En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan MCA Serdang) telah mengadakan tinjauan mesra rumah ke rumah di sekitar
Balakong serta di kawasan Balakong pada Februari 2, 2013 hingga Februari 3,
2013 dan Februari 5, 2013. Kawasan yang En. Allan Liew melawat adalah Batu 11, Kampung Baharu Balakong dan Taman
Megah. Hamper Tahun Baru Cina diberikan kepada orang ramai. Ahli-ahli MCA
dari Serdang turut serta dalam program tinjauan mesra ini.
Dalam lawatan ini selain daripada
dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat, penduduk setempat juga
boleh berkongsi masalah dengan En. Allan Liew. Program ini mendapat sambutan
yang amat baik daripada orang ramai. Dalam 3 hari, sejumlah 1000 hampers telah
habis diedarakan. Segala pandangan rakyat terhadap keadaan tempat tinggla
mereka dan peratusan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) dapat
diperhatikan oleh En. Allan Liew menerusi program ini.
Walaupun hari hujan akan tetapi mereka tidak
berputus asa untuk menunggalkan program ini. Tinjauan mesra rumah ke rumah di
kawasan Balakong
Dari kiri, En.
Allan Liew Sin Kim ; Dari Kanan Dato Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA
Serdang)
Monday, February 4, 2013
MAJLIS MAKAN JENTERA PDM DARI DUN BALAKONG BERSAMA RAKYAT
Satu majlis makan dan mesra rakyat oleh Jentera
PDM Balakong bersama-sama dengan badan
NGO dan pengundi telah diadakan di Restaurant Habour City, Impian Ehsan. Majlis
makan ini bermula pada pukul 8.00malam dan berakhir pada kira-kira 10.30malam
dan En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan
Awam MCA Serdang ) merupakan salah satu ahli yang
menganjur majlis makan ini. Majlis ini memdapat sambutan yang baik dan seramai
kira-kira 160orang telah hadir dalam majlis makan malam ini. Dato Liew Yuen
Keong (Pengerusi MCA Serdang), Dato’
Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA
Serdang), Dato Tang See Hang juga turut hadir. Majlis makan malam ini
sekali gus dapat mengerakkan hubungan antara satu sama lain dan juga sebagai
salah-satu manifesto MCA Serdang.
En. Allan Liew telah memberi ucapan
dan kata alu-aluan. Selain itu, dia juga memperkenalkan kesemua 15 daerah
mengundi yang terdapat di Balakong supaya orang ramai lebih faham terhadap
daerah mengundi. Tambahan pula, En. Allan Liew juga memberi ceramah tentang
isu-isu semasa yang berlaku dan ADUN Balakong dan MP Serdang tidak menepati
janji-janji mereka dan jarang turun padang untuk meneliti masalah rakyat. Dato
Liew Yuen Keong, Dato’ Hoh Hee Lee Dato Tang See Hang dan En. Fong Lam Sang
turut memberi ceramah dan kata-kata aluan kepada para hadirin. Majlis berakhir
dengan memberi hamper-hamper Tahun Baru Cina kepada para hadirin.
Saturday, February 2, 2013
TAKLIMAT SPR
Y.B. Datuk Wira Wan
Ahmad bin Wan Omar sedang memberi taklimat
Taklimat Suruhanjaya Pilihanraya yang dianjurkan
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di
Wisma MCA telah diadakan pada hari ini pada jam 10.00pagi dan berakhir pada jam
12.30tengah-hari. En. Allan Liew Sin Kim (Biro
Aduan Awam MCA Serdang ) telah dijemput untuk
menghadiri taklimat ini. Ahli-ahli dari MCA Serdang dan MCA daripada bahagian
yang lain di seluruh Malaysia juga turut hadir. Lebih kurang 400 ahli MCA telah
hadir untuk mendengar taklimat ini. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (President
MCA) dan Y.B.
Datuk Ir Dr.Wee Ka Siong (Timbalan Menteri
Pendidikan), juga turut hadir.
Sebelum taklimat diberikan oleh
Y.B. Datuk Wira Ahmad bin Wan Omar (Timbalan
Pengerusi SPR), pegawai SPR telah memberi taklimat tentang cara-cara pilihanraya
dan memberi contoh-contoh mengendalikan kes yang mungkin akan berlaku .
Tujuannya adalah untuk menambahkan kefahaman para hadirin dan lakonan juga
turut dibuat oleh pegawai SPR.
Antara contoh kes adalah seperti berikut : -
Perkara
: -
|
(a)
|
Cara
mengendalikan pengundi biasa
|
|
(b)
|
Cara
mengendalikan pengundi Orang Kurang-upaya (OKU)
|
|
(c)
|
Cara mengendalikan pengundi yang tidak
tersenarai dalam pendaftaran undi
|
|
(d)
|
Cara
mengendalikan pengundi yang tidak membawa document seperti kad pengenalan
|
|
(e)
|
Cara
mengendalikan pengundi yang telah mempunyai “mark-ink” pada 4 jari
|
|
(f)
|
Cara
mengendalikan pengundi yang enggan menunjukkan jari-jari mereka
|
Semasa taklimat SPR yang diberikan
oleh Y.B. Datuk Wira Wan Ahmad bin Wan Omar, beliau memberi taklimat tentang
aliran pilihanraya dan peraturan-peraturan pilihanraya. Tambahan pula, beliau
juga menjelasakan perkara-perkara baru dalam PRU-13. Antara perkara yang baru
adalah seperi berikut :-
Perkara
: -
|
(a)
|
Penggunaan
dakwat kekal
|
|
(b)
|
Pengundian
pos diganti dengan Undi Awal
|
|
(c)
|
OKU
dibenarkan membawa orang yang dipercayai untuk membantu dalam proses
pengundian
|
|
(d)
|
Pemansuhan
proses bantahan
|
|
(e)
|
Larangan
menarik balik pencalonan pada hari penamaan
|
|
(f)
|
Memberi
kemudahan mengundi secara pos kepada petugas media dan petuga SPR
|
|
(g)
|
Memberikan
kemudahan mengundi secara pos kepada warganegara Malaysia diluar Negara
|
|
(h)
|
Memanjangkan
tempoh kempen kepada tidak kurang daripada 10hari
|
|
(i)
|
Memberikan
akses media yang bebas dan saksama kepada calon yang bertanding
|
Selain itu, beliau juga mengambil
kesempatan ini untuk membuat penjelasan yang dituntut oleh orang ramai semasa “Bersih”
dan sebuah buku tentang penjelasan telah diberi oleh para hadirin untuk
mengelakkan sebarang salah faham terhadap SPR dalam ketulusan pilihanraya.
Tambahan pula, beliau juga telah menyuruh para hadirin supaya tidak dikelirukan
oleh khabar angin tentang ketidaktulusan SPR dalam pilihanraya yang dibuat oleh
mana-mana parti politik yang menggunakannya sebagai salah satu manifesto mereka
dan sebarang pertanyaan yang lanjut, sila hubungi SPR dan mereka sedia membantu.
En. Allan Liew berpendapat bahawa
taklimat ini telah memberi lebih pengalaman dan kefahaman tentang proses PRU-13
dan ini amat membantu ahli-ahli parti politik untuk menjalankan kempen tanpa melanggar
undung-undang pilihanraya. Tambahan pula, En. Allan Liew berpendapat bahawa
semasa ceramah yang akan datang dan dibuat oleh calon-calon yang bertanding,
mereka boleh memberi penjelasan yang lebih baik kepada pengundi yang masih
berkeliru tentang proses PRU dan juga mereka yang salah faham terhadap
ketulusan PRU.
Popular Posts
-
En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro Pengaduan Awam MCA Selangor) telah menghadiri satu sidang akhbar di MCA Petaling...
-
Dari kanan ke-3 En. Allan Liew dengan pengadu-pengadu En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) telah mengad...
-
En. Allan Liew Sin Kim telah dijemput untuk ke majlis pecah tanah SJK(C) Bukit Serdang. Majlis ini bertujuan sebagai satu pembukaan ...