DIMANKAH RM36JUTA

Allan Liew : Rakyat mempunyai hak untuk tahu tentang perbelanjaan naik taraf Jalan Utama ke Jalan Sehala. Jika Y.B. Ean Yong dan Y.B. Teo gagal membuat penjelasan, saya akan melaporkan kepada SPRM. ........(Baca seterusnya)

BANJIR KILAT DI SERDANG

Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) mengessa MPSJ supaya mendalamkan dan meluaskan Tasik Takungan Serdang secepat mungkin untuk mencegah kejadian banjir supaya penduduk setempat tidak mengalami kesusahan dan kerugian daripada kejadian banjir dan dia berpendapat bahawa Ean Yon Han Wah tidak memgambil berat terhadap mangsa-mangsa banjir.

RM36JUTA UNTUK PROJEK MANAIK TARAF JALAN UTAMA KEPADA JALAN SEHALA YANG TELAH TERGENDALA???

En. Allan Liew telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana Y.B. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang) dan Y.B. Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Kembangan) gagal memberi penjelasan kepada Rakyat dengan jelas dan terprinci tentang jumlah wang perbelanjaan RM36Juta berhubung dengan projek Jalan Utama kepada Jalan Sehala, Seri Kembangaan dalam 3hari yang diberi oleh En. Allan Liew. Sampai pada hari ini, projek ini ditangguhkan dan belum disiapkan......(Bace seterusnya)

SELANGOR YET TO REDUCE ITS ASSESSMENT FEE

SERDANG MCA has lashed out at DAP for putting up a banner urging residents of Taman Megah Flats Phase Two to register their details to receive a 25% reduction in assessment fee. Serdang MCA public complaints bureau chief Allan Liew Sin Kim was surprised that DAP would put up such a banner as in the general election in 2008, DAP’s manifesto was to reduce assessment fee by 25% immediately in Selangor.

INDIRECT WAY USE BY PAKATAN TO SAVE THEIR COST IN RUNNING SELANGOR STATE

MCA Selangor Public Services and Complaint Department is not satisfy with the way the Selangor State Government count the premium of title which they are not following the valuation from Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negari Selangor. The Chief Minister of Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hired private company to value the land.

Sunday, January 27, 2013

PERSEDIAAN UNTUK MERIAHKAN LAGI TAHUN BARU CINA


Musim Tahun Baru Cina adalah semakin dekat dan En Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah membuat banner-banner untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Cina. Beberapa banner telah digantung di beberapa tempat termasuk Taman Megah Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11 Cheras, Balakong Jaya, Taman Bukit Belimbing, Kampung Baharu Balakong, Seri Taming, Bandar Damai Perdana , Taman Seri Bahagia, Taman Putri Jaya. Tambahan pula, En. Allan Liew telah mengantung tanglung-tanglung di Taman Megah untuk meriahkan lagi semangat Tahun Baru Cina dan bendera-bendera Barisan Nasional turut digantung.


Balakong Jaya


Bandar Tun Hussein Onn


Bandar Damai Perdana


Batu 11 Cheras


Kampung Baharu Balakong


Taman Bukit Belimbing


Taman Seri Bahagia


Taman Seri Taming


Taman Putri Jaya

Saturday, January 26, 2013

PERAYAAN TOKONG GUANYIN , TAMAN MURNI



Sempena perayaan Tokong GuanYin di Taman Murni, satu majlis makan malam telah diadakan.  Terdapat banyak persembahan-persembahan yang menarik seperti persembahan menyanyi oleh artis-artis yang dijemput, Tarian Singa. En Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah dijemput untuk menghadiri dalam majlis ini. Dia juga mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan hubungan dengan orang ramai dan juga memberi prihatin terhadap sebarang aduan dan perkara yang dialami oleh orang disitu.
En. Allan Liew berpendapat bahawa menerusi majlis makan malam dan perayaan bersama-sama seperti ini selain dapat memperkukuhkan pendirian dan disiplin dalam ajaran dan sifat keagamaan yang positif, perhubungan antara satu sama lain tidak kira keluarga, kawan, para hadirin dan juga ahli Barisan Nasional dengan penduduk setempat akan dieratkan.





PRORAM TINJAUAN MESRA RUMAH KE RUMAH



Dari kiri, En. Allan Liew, dari kiri ke-3 Dato' Liew Yuen Keong dengan ahli-ahli MCA Selangor yang turut-serta dalam program tinjauan rumah ke rumah ini. 

En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah turut serta dalam program tinjauan mesra rumah ke rumah di Bukit Angkat, Kajang. Yang turut serta adalah beberapa ahli-ahli MCA Selangor. Cenderamata akan diberi kepada keluarga yang dilawat.
En. Allan Liew berpendapat bahawa sebagai salah satu ahli dalam MCA , ia adalah amat penting untuk mengadakan lebih banyak aktiviti mesra rakyat seperti ini. Tambahan pula, menerusi program yang amat bermakna ini, sekali gus ia memberi peluang untuk rakyat berkongsi masalah dan pendapt dengan ahli-ahli MCA dan hubungan antara satu sama lain dapat diperkukuhkan.
Melalui lawatan ini, En. Allan Liew dapat membuat tinjauan terhadap pandangan rakyat terhadap pilihanraya yang akan datang ini , maka sebarang kekurangan akan diperbaiki dan menambahkan lagi usahanya dalam berkhidmat untuk rakyat.





Monday, January 21, 2013

MASALAH SAMPAH-SARAP DI SERI CHERAS



Dari kanan ke-3 En. Allan Liew dengan pengadu-pengadu

En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) telah mengadakan satu sidang akhbar selepas menerima aduan daripada Puan Khoo yang bekerja di kilang yang berhampiran di Seri Cheras. Selain daripada menerima aduan tentang masalah sampah-sarap, En. Allan Liew juga menerima aduan bahawa semasa hujan, banjir lumpuh akan berlaku dan longkang di tempat situ telah tersumbat. Selain daripada masalah sampah-sarap dan banjir. En. Allan Liew mendapati bahawa terdapat sebanyak 4 buah kereta yang telah rosak , terbiar dan tidak dikendali dengan cara yang sesuai disitu.
Menurut Puan Khoo, dia telah menghadapi masalah ini selama 3 bulan lebih dan dia telahpun menbuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerusi e-aduan dan juga pergi ke pejabat MPKj. Akan tetapi, tiada sebarang tindakan dilaksanakan oleh MPKj. Tambahan pula, Puan Khoo juga telah banyak kali menghubungi ahli Majlis MPKj, Eddie Ng dan setiap kali gagal dihubungi.
En. Allan Liew berpendapat bahawa MPKj dan Wakil Rakyat Balakong, Y.B. Yap Lum Chin tidak bertanggungjawab dan langsung tidak mengambil perhatian dalam mengendalikan hal-hal sampah-sarap dan di kawasan Balakong, masalah sampah-sarap semakin serius. En. Allan Liew berharap bahawa Y.B. Yap Lum Chin akan turun padang dalam meneliti keadaan Balakong dan tidak memberi alasan dengan mengaitkan hal-hal ini dengan kerajaan sebelumnya. Tambahan pula, MPKj tidak menyediakan tempat yang sesuai untuk orang-orang membuang sampah.
Walaupun Kerajaan Selangor mengumumkan bahawa mereka telah menjimatkan wang yang banyak menerusi pertukaran Kontraktor daripada Alam Flora ke kontraktor yang lain dalam pengedalian sampah-sarap, akan tetapi ia adalah tidak berguna kerana wang yang dijimat telah menambahkan masalah pembuangan sampah-sarap dan membahayakan kesihatan orang-orang yang tinggal disana. Selain itu, En. Allan Liew juga berpendapat bahawa Kerajaan Selangor perlu melihat pada kriteria yang bersesuaian semasa mengupah kontraktor dalam pengendalikan sampah-sarap, bukan sahaja melihat dalam aspek harga sahaja.
Tambahan pula, perayaan Cina sudah dekat dan banyak warga-warga Cina yang meraikan Tahun Baru Cina akan membuang barangan yang besar seperti perabot. En. Allan Liew menggesa MPKj untuk menyediakan lorry untuk mengendalinya dalam musim perayaan ini.



Sunday, January 20, 2013

MAJLIS MAKAN AMAL




En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) menghadiri majlis amal yang ditujukan untuk mengutip derma menerusi membeli makanan yang disediakan untuk didermakan kepada “Kuantan Independent Chinese School” yang dianjurkan oleh Pemuda MCA Serdang. Majlis ini diadakan di Lot. 12, Jalan SK 13. Majlis yang begitu bermakna ini turut dihadir oleh Y.B. Dato’ Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ketua Pemuda MCA). Seramai 100 lebih orang telah hadir dalam majlis ini. Wang derma yang dikutip adalah berjumlah RM15,388.80. En. Allan Liew berpendapat bahawa majlis amal ini adalah sangat bermakna dan menerusi sekolah yang mempunyai kemudahan pembelajaran yang cukup adalah penting untuk membina masa depan yang cerah untuk pelajar. 



Saturday, January 19, 2013

SAMBUTAN DEWA TUA PEK KONG YANG KE-4



Dari kanan ke-2 Allan Liew, Dato' Hoh Hee Lee, Dato' Liew Yuen Keong dengan ahli-ahli dari MCA Serdang dan para hadirin
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) menghadiri sambutan Dewa Tua Pek Kong yang dianjurkan oleh Persatuan Penganut Dewa Tua Pek Kong yang ke-4 bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Taman Megah. Dalam sambutan yang meriah ini seramai 1500 lebih orang telah hadir dan meja makan adalah melebihi 120 meja. En. Allan Liew juga telah dijemput untuk naik pentas dalam acara cabutan bertuah.


Menurut En. Allan Liew, majlis ini adalah peluang yang baik untuk bersama-sama dengan rakyat dan sekali gus mendapatkan maklumbalas dari para hadirin terhadap isu-isu semasa yang mereka hadapi dan pendapat-pendapat mereka. Ini adalah amat penting untuk mempertingkatkan lagi hubungan antara ahli-ahli dari Barisan Nasional dengan rakyat menjelang pilihan raya (PRU-13) dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. En. Allan Liew juga berpendapat bahawa agama adalah sangat penting untuk kehidupan harian kerana mental dan ajaran yang sihat adalah salah satu aspek yang penting untuk pembangunan diri dan juga Negara.
Selain menyembahyang Dewa Tua Pek Kong, terdapat juga persembahan-persembahan yang dipersembahkan oleh orang dari pelbagai kaum dan umur dan aktiviti memberi derma kepada Rumah Victory, Persatuan Buddhist Shun Hui dan S.R.J.K.(C) Batu 9 Cheras.  Dalam sambutan ini juga telah menunjukkan keamanan dan perpaduan Malaysia.

Friday, January 18, 2013

“PROGRAM SEHARI BERSAMA PELANGGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013” DIANJURKAN OLEH TNB


En. Allan Liew menerima cenderamata daripada pegawai TNB. 

En. Allan Liew Sin Kim (Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) telah dijemput untuk menghadiri “Program Sehari Bersama Pelanggan Peringkat Kebangsaan 2013” yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sebelum ini, En. Allan Liew pernah menerima beberapa aduan bahawa pengadu mengadukan bahawa harga bil eletrik telah menaik dan terdapat pengadu yang mengadu bahawa mereka dikenakan penalty “power factor surcharge” apabila mereka menggunakan meter jangka 3 fasa.


En. Allan Liew sedang mendapatkan lebih maklumat tentang “power factor surcharge”

Pada hari ini, sekali gus En. Allan Liew ingin mendapatkan lebih maklum balas daripada TNB terhadap aduan-aduan tersebut.  Menurut pegawai dari TNB, jikalau pelanggan tidak memasang “Capacitor Bank” ditempat-tempat perniagaan ataupun di industry-industri, maka penalty terhadap “power factor surcharge” akan dikenakan dan “Capacitor Bank” harus dipasang oleh pelanggan TNB kerana ini merupakan tanggungjawab dua-hala. Tambahan pula, TNB juga berkata bahawa bukan semua kedai perniagaan dikena memasangkan “Capacitor Bank” dan TNB akan meneliti alat-alat yang digunakan oleh pelanggan TNB.  Jikalau pelanggan menggunakan peralatan bermotor, mesin dan lampu fluorescent, maka mereka perlu memasang “Capacitor Bank”.
Akan tetapi, En. Allan Liew berpendapat bahawa adalah tidak adil untuk pelanggan mengeluarkan kos pemasangan “Capacitor Bank” dan seharusnya dibayar oleh TNB sebagai satu sumbangan. Selain itu, En. Allan Liew berpendapat bahawa TNB mesti menjelaskan kepada pelanggan untuk mengelakkan sebarang salah faham.
Selain itu, En. Allan Liew mendapati bahawa mulai Februari 2013, TNB tidak akan mengeposkan bil pengganggaran akan tetapi setiap bulan akan mengadakan bacaan meter secare manual. Ini adalah keran terdapat banyak pelanggan yang tidak berpuas hati dengan cara TNB membuat anggaran pada pos. 
En. Allan Liew juga mengambil kesempatan pada hari ini untuk bersosial dengan pelanggan TNB




Saturday, January 12, 2013

“MCA 64TH ANNIVERSARY”



En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) menghadiri jamuan makan yang dianjurkan oleh MCA Selangor bertajuk “MCA 64th Anniversary” sempena ulangtahun yang ke-64 bertempat di Klang Hokkien Association. Seramai 100 ahli daripada MCA Serdang telah hadir dalam jamuan makan ini dan En. Allan Liew telah telah menguruskan sebuah bas untuk ahli-ahli dari MCA Balakong untuk meringankan beban mereka ke sana.




Pada hari ini, sekali gus, En. Allan Liew mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan dan berinteraksi dengan ahli-ahli MCA daripada beberapa cawangan MCA Selangor. Selain itu, En. Allan Liew juga dapat membincangkan isu-isu semasa dengan mereka untuk mendapatkan info semasa dan berkongsi idea masing-masing demi berkhidmat untuk rakyat dan mencapai kejayaan dalam PRU-13 yang akan datang. 





Yang turut hadir dalam majlis ini ialah Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek  (President MCA), Y.B. Dato’  Donald Lim Siang Chai (Ketua MCA Selangor & Timbalan Menteri Kewangan), Y.B. Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan), Y.B. Datuk Ir Dr.Wee Ka Siong (Timbalan Menteri Pendidikan), Chua Tee Yong, 

Seramai 2000 lebih hadirin yang datang pada hari ini dan terdapat persembahan yang menarik diadakan. Selain itu, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek  dan Y.B. Dato’  Donald Lim Siang Chai telah memberi ucapan pada majlis hari ini.




Friday, January 11, 2013

MENAMPAL POSTER MENCARI AHLI KELUARGA YAP CHOON FATT


En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) telah turun padang untuk menolong En Yap Choon Fatt yang masih terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mencari ahli keluarganya. En. Allan Liew telah pergi ke beberapa kawasan di Seri Kembangan untuk menampal poster En. Yap mencari ahli keluarganya dan bertanya dengan orang di sekitar Seri Kembangan supaya berharap boleh mendapat maklumat tentangnya yang lebih lanjut. En. Allan Liew hanya mendapat maklumat daripada orang bahawa mereka pernah berjumpa dengan En. Yap di Pasar Malam Seri Kembangan meminta sedekah. Pada masa yang sama En. Allan Liew juga meminta Dato’ Liew Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang) untuk menghulurkan bantuan dalam pencarian ahli keluarga En. Yap


Tengah : En. Allan Liew sedang bertanya dengan penjual disana untuk mendapat maklumat lanjut tentang En. Yap



En. Allan Liew sedang menampal poster tentang En. Yap di tempat-tempat awam


Dari kiri : Allan Liew, Dato’ Liew

PERSEDIAAN POSTER-POSTER PENCARIAN ORANG


En. Allan Liew (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) membuat poster-poster menggunakan komputer dan mencetakkan poster untuk diedarkan dan ditampal disekitar Balakong, Sri Kembangan dan untuk sidang akhbar. Dalam poster terdapat dua orang, seorang ialah En. Yap Choon Fatt mencari keluarganya dan seorang ialah lelaki yang telah hilang. En. Allan berharap bahawa sidang akhbar dan penampalan poster-poster boleh membantu kedua-dua orang ini.


En. Allan Liew sedang melakar poster menggunakan komputer




Thursday, January 10, 2013

PENGGUNA UNIFI TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KHIDMAT YANG DIBERI OLEH TMNET



Dari kiri Kelvin Chong (Timbalan Pengerusi I Biro Pengaduan Awam MCA Selangor), Chan Wen Seng, Dato’ Theng Book (Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor), Dato’ C.K. Lim (Penasihat Perundangan Biro Pengaduan Awam MCA Selangor), Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi II Biro Pengaduan Awam MCA Selangor & Ketua PDM Perimbun)


En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro Pengaduan Awam MCA Selangor & Ketua PDM Perimbun) telah menghadiri satu sidang akbhar tentang En. Chan Wen Seng mengadu tidak berpuas hatian dia dengan khidmat yang diberi oleh TM Net. 

Pada July 2011, En. Chan telah mendaftar satu pakej Internet (VIP 5, RM149 sebulan) tetapi dengan dukacitanya, dia tidak dapat menikmati perkhidmatan Internet yang dibayar olehnya. Walaupun dia telah membuat aduan kepada TM Net dan juga National Consumer Complaint Centre, akan tetapi, perkhimatan Internet masih tergendala. Menurut En. Chan, dia enggan membayar bil internet (RM1004.25) kerana berasa tidak adil untuknya membayarkan perkhimatan yang langsung tidak digunakan olehnya dan TM Net telah mengupah sebuah syarikat pemungut hutangnya berjumlah RM1317.00. Hal ini telah menambahkan ketidakpuashatiannya kerana, TM Net telah berjanji kepadanya untuk member rebate RM500, akan tetapi wang yang perlu dibayar telah meningkat.
            Selain itu, dia juga berkata bahawa juruteknik yang datang dari TM Net untuk membaiki modem Internetnya meminta wang sebanyak RM20 dan RM30 untuk datang membaiki Internet sebagai pembayaran untuk masa tambahan kerja mereka dan TM Net tidak pernah merekod aduannya.
En. Allan Liew berpandangan bahawa TM Net sepatutnya perlu menyelesaikan masalah En. Chong secepat mungkin sebelum menggenakan bayaran. Selain daripada itu, En. Allan Liew juga berharap TM Net untuk meningkatkan perkhidmatan mereka dan patut memberi perkhimatan kepada pelanggan sebaik mungkin kerana ini adalah tidak adil untuk mengenakan bayar kepada pelanggan dan tidak memberi sebarang perkhimatan kepada perlanggan.



EJEN PEKERJA ASING DITIPU OLEH SEORANG YANG MENYAMAR SEBAGAI PENGUATKUASAAN IMIGRESEN DAN SEORANG LELAKI YANG TIDAK DIKENALI


En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro Pengaduan Awam MCA Selangor & Ketua PDM Perimbun) telah menghadiri satu sidang akbhar tentang dua orang ( seorang perempuag, seorang lelaki) yang ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai Timbalan Pengarah Penguatkuasa Imigresen dan seorang rakan kongsinya. Menurut kepada dua orang mangsa ditipu, lelaki yang menyamar sebagai Timbalan Pengarah Penguatkuasa Imigresen bernama Ken dan rakan kongsinya bernama Kelvin.
En Thong (mangsa penipuan), dia mengenali Ken semasa program 6P dilancarkan dan Ken berkata kepada dia bahawa dia boleh menolong En. Thong untuk mendapatkan permit kerja untuk pekerja asing dengan syarat bahawa En. Thong dikenakan bayaran RM500 untuk seorang pemohon. Malangnya, selepas beberapa bulan dia membayar wang berjumlah sebanyak RM70k lebih kepada Ken, dia langsung tidak mendapat sebarang permit yang diluluskan dan ini menyebabkan dia ingin menukarkan ejen yang lain untuk buat dan menyuruh Ken untuk memulangkan wang yang dibayar olehnya. Akan tetapi, Ken tidak memulangkan wang dan cek yang diberi kepada En. Thong adalah tidak sah. Ken dan Kelvin juga berkata bahawa wang telah diberi kepada seorang bernama Raja, akan tetapi kedua-dua mangsa ini tidak pernah membuat sebarang perjumpaan atau menghubungi Raja.
En. Thong juga berkata bahawa, dia pernah pergi ke Jabatan Imigresen di Putrajaya dan berjumpa dengan Ken ada memakai jacket imigresen dan mempunyai kad pengenalan sebagai pihak imigresen dan oleh sebab itu, dia mempercayai bahawa Ken adalah pihak Imigresen.


Dari kiri depan : Cik Low, En. Thong, Dato’ Theng Book (Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor) , Dato’ C.K. Lim (Penasihat Perundangan Biro Pengaduan Awam MCA Selangor) ; Dari kiri belakang : Kelvin Chong (Timbalan Pengerusi I Biro Pengaduan Awam MCA Selangor), Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi II Biro Pengaduan Awam MCA Selangor)


Selain En. Thong, seorang mangsa yang lain iaitu Cik Low juga menhadapi masalah yang sama dengan Ken. Dia telah membuat bayaran sebanyak RM96k lebih kepada Ken dan Ken hanya memulangkan RM18k kepadanya. Menurut Cik Low, dia mengenali Ken dan berasa amat kecewa apabila ditipu oleh Ken. Cik Low juga telah membuat satu laporan polis terhadap kes ini dan kedua-dua mereka kena membuat tanggungan terhadap wang yang ditipu dan mencari ejen lain untuk memohon permit. Kedua-dua orang telah ditipu oleh Ken sebanyak RM200K. Kedua-dua mangsa juga berkata bahawa satu aduan telah dibuat di laman web imigresen akan tetapi tiada sebarang maklum balas daripada pihak imigresen.

Biro Pengaduan Awam MCA Selangor ada membuat satu perjumpaan dengan Ken dan Kelvin akan tetapi hanya Kelvin yang datang dan dia tidak pasti apa yang sedang berlaku.  Dato Theng Book (Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor) berharap bahawa jika terdapat sesiapa yang juga menghadapi kes yang sama seperti ini, sila datang ke Biro Pengaduan Awam MCA Selangor atau menelefon untuk membuat aduan kerana dia percaya bahawa kemungkinan ada orang lain yang juga menghadapi masalah seperti ini dan berharap polis akan membuat siasatan terhadap kes ini.

En. Allan Liew berharap dan menyuruh orang ramai tidak mudah mempercayai dan memberi wang yang berjumlah banyak kepada orang yang tidak dikenali atau kurang pasti dengan latar belakangnya. Tambahan pula, dia juga menyuruh orang ramai untuk berhati-hati walaupun orang mengenalkan diri mereka adalah pihak dari mana-mana penguatkuasaan kerana mempunyai kes-kes orang menyamar sebagai pihak penguatkuasa dan menipu. Selain itu, dia juga berkata bahawa orang ramai dikehendaki menyiasat dengan betul dengan jabatan penguatkuasa masing-masing jika terdapat orang dari mana-mana yang menperkenalkan diri mereka sebagai pihak penguatkuasa dalam urusan rasmi. En. Allan Liew berharap bahawa polis akan membuat siasatan dengan secepat mungkin supaya tidak ada mangsa yang lain ditipu. 

Friday, January 4, 2013

MPKj NEGLECTED THE BROKEN HEIGHT BARRIER AT KG. BARU BALAKONG


MPKj neglected the broken height barrier at Kg. Baru Balakong. It had been already weeks and it is dangering the safety of villagers staying there as well as public who are using that road. A lot of lorry drivers are not aware of the existent of the height barrier in that village settlement and each time when they are unable to pass through the height barrier and they have to reverse back to the main road and unable to make an U-turn due to the narrow road.



From left Dato’ Hoh Hee Lee (Deputy Chairman of MCA Serdang), Allan Liew Sin Kim (Serdang MCA Public Complaints and Services Department), Yap Yoon ( Ketua Kampung (JKKP) of Kampung Baru Balakong)




Allan Liew showing the part which is going to collapse soon


Allan Liew Sin Kim (Serdang MCA Public Complaints and Services Department), Dato’ Hoh Hee Lee (Deputy Chairman of MCA Serdang) and Yap Yoon ( Ketua Kampung (JKKP) of Kampung Baru Balakong) are extremely concern about the safety of this issue. 

Yap Yoon urged MPKj to put up a warning sign board of the height of vehicle which can enter at the main entrance and give proper direction to lorry drivers to enter the village.  “It’s dangerous as it is broken and if another lorry crash at this height barrier, it will collapse and will danger the life of anyone who are nearby there” he said.  

According to Allan Liew, Y.B. Yap Lum Chin (Balakong Assemblyman) and Y.B. Teo Nie Ching (Member of Parliament for Serdang) are not aware of the happening at the area they are responsible to. They do not pay attention with the problems where people are facing. Not only this neglected broken barrier but there are others unsolved issues such as cleanliness of the environment and bad condition of the road such as pot holes. Allan Liew also said that he could not see DAP’s C.A.T. (competency, accountability, transparency) policy in governing the state but he could only see the normal trend of DAP’s empty promises and a lot of issues not being look into seriously. Moreover he also questioned that, with all these few years of suffering by the Rakyat, do Y.B. Yap Lum Chin and Y.B. Teo Nie Ching deserve to be given a big hand of applause? He urged MPKj to  repair this broken height barrier immediately with anymore excuses.

Meanwhile, Dato’ Hoh urged MPKj to repair this broken height barrier immediately without fail and cooperate with Ketua Kampung whereby they are more aware with the village settlement conditions and problems which villagers are facing. 

Thursday, January 3, 2013

MELAWAT WARGA MAS ( YAP CHOON FATT) YANG TERLANTAR DI HUKM



Allan Liew sedang meneliti keadaan En. Yap dan berasa sangat susah hati melihatnya dalam keadaan sebegini. 

Satu lawatan yang dibuat oleh En Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk melihat keadaan En. Yap Choon Fatt yang ditemui di Damai Perdana Cheras pada Disember 26, 2012 tanpa sebarang dokumen pengenalan dirinya dan turut hadir Dato' Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang). Keadaan En Yap adalah separuh sedar kerana menurut doctor, terdapat kebekuan darah di otak En. Yap.


En. Allan Liew juga mengambil kesempatan ini sekali lagi membuat satu sidang akhbar supaya menyiarkan berita ini untuk mendapat perhatian daripada keluarga atau sesiapa yang mengenali En. Yap supaya dapat menghubunginya secepat mungkin. En. Allan Liew berasa sangat susah hati melihat keadaan kesihatan En. Yap sekarang dan terlantar di hospital yang tiada rumah dan keluarga. Selain itu, jika tiada keluarga atau kawan-kawan En. Yap menghubungi En Allan Liew, dia akan merujukkan kes ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Selain itu, En Allan Liew juga mengambil kesempatan dalam sidang akhbar ini untuk menasihatkan orang ramai supaya menjaga ahli keluarga mereka yang telah berusia dengan baik-baik untuk mengelakkan kes-kes seperti ini terjadi.


En. Allan Liew juga akan mengedarkan dan menampal poster-poster dan notice-notice tentang En Yap di kawasan Serdang dan Balakong. Pada masa kini En. Yap berada di Wad 5E, Katil 16 dengan nama Yap Chong Hock. 


Popular Posts