Saturday, January 12, 2013

“MCA 64TH ANNIVERSARY”



En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) menghadiri jamuan makan yang dianjurkan oleh MCA Selangor bertajuk “MCA 64th Anniversary” sempena ulangtahun yang ke-64 bertempat di Klang Hokkien Association. Seramai 100 ahli daripada MCA Serdang telah hadir dalam jamuan makan ini dan En. Allan Liew telah telah menguruskan sebuah bas untuk ahli-ahli dari MCA Balakong untuk meringankan beban mereka ke sana.




Pada hari ini, sekali gus, En. Allan Liew mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan dan berinteraksi dengan ahli-ahli MCA daripada beberapa cawangan MCA Selangor. Selain itu, En. Allan Liew juga dapat membincangkan isu-isu semasa dengan mereka untuk mendapatkan info semasa dan berkongsi idea masing-masing demi berkhidmat untuk rakyat dan mencapai kejayaan dalam PRU-13 yang akan datang. 





Yang turut hadir dalam majlis ini ialah Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek  (President MCA), Y.B. Dato’  Donald Lim Siang Chai (Ketua MCA Selangor & Timbalan Menteri Kewangan), Y.B. Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan), Y.B. Datuk Ir Dr.Wee Ka Siong (Timbalan Menteri Pendidikan), Chua Tee Yong, 

Seramai 2000 lebih hadirin yang datang pada hari ini dan terdapat persembahan yang menarik diadakan. Selain itu, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek  dan Y.B. Dato’  Donald Lim Siang Chai telah memberi ucapan pada majlis hari ini.




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts