Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts
Wednesday, April 3, 2013
RM36JUTA UNTUK PROJEK MANAIK TARAF JALAN UTAMA KEPADA JALAN SEHALA YANG TELAH TERGENDALA???
APRIL 02, 2013 - En. Allan Liew telah melaporkan kepada
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana Y.B. Teo Nie Ching (Ahli
Parlimen Serdang) dan Y.B. Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Kembangan) gagal
memberi penjelasan kepada Rakyat dengan jelas dan terprinci tentang jumlah wang
perbelanjaan RM36Juta berhubung dengan projek Jalan Utama kepada Jalan Sehala,
Seri Kembangaan dalam 3hari yang diberi oleh En. Allan Liew. Sampai pada hari
ini, projek ini ditangguhkan dan belum disiapkan.
Tambahan pula, apabila En. Allan Liew menggesa
Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong untuk memberi penjelasan kepada perbelanjaan RM36Juta,
Y.B. Teo hanya mengumumkan tentang peruntukkannya (Tahun 2012) dan Y.B. Ean
Yong lansung tidak memberi sebarang jawapan. Mereka telah menggelakkan diri
daripada memberi jawapan kepada soalan yang dikemukan. “Dimanakah prinsip C.A.T.
mereka?” kata En. Allan Liew.
Selain itu, Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong telah tergesa-gesa
dan membuat keputusan diri sendiri untuk menjalankan projek ini dan langsung
tidak mengadakan sesi dialog bersama dengan penduduk untuk berbincang dan
membentang tentang cadangan dan program projek ini.
Terdapat banyak penduduk setempat dan peniaga amat
tidak berpuas hati dengan projek ini kerana hingga kini belum disiapkan dalam
jangka masa yang dijanjikan oleh Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong. Tambahan pula,
projek yang tertangguh ini telah menjejaskan perniagaan disitu dan lalu lintas
adalah tidak lancar dan menyusahkan orang ramai. Disebabkan oleh penangguhan
dan kesilapan dalam perancangan projek ini, Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong perlu
bertanggungjawab dan memberi ganti rugi kepada perniaga disitu.
En. Allan Liew juga menggesa Y.B. Teo dan Y.B.
Ean Yong untuk meminta maaf kepada orang ramai atas kesilapan mereka dalam membuat
perancangan dengan tidak betul dalam melaksanakan projek ini. En. Allan Liew
juga berkata bahawa dia mungkin akan mengambil tindakan makhamah ke atas
Kerajaan Negeri Selangor untuk menuntut pampasan ke atas kerugian perniaga
disitu.
DIMANAKAN RM36JUTA????
MAC 29, 2013 - En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan
Awam MCA Serdang) telah mengadakan satu sidang akhbar tentang projek jalan
sehala di Jalan Besar Seri Kembangaan. Projek ini bermula pada 23.12.2011 dan
dijangka untuk selesai pada bulan MAC 2013 , akan tetapi sampai pada hari ini,
projek ini belum selesai. Apabila ditanya, Y.B. Ean Yong Hian Wah, hanya
menyalahkan kerajaan pusat bahawa birokrasi adalah punca lewat projek ini.
Tambahan pula, Y.B. Ean Yong langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman
tentang kerja bina jalanraya dan tidak merancang dengan sempurna. Y.B. Ean Yong
telah mengesa-gesa menjalankan projek ini dan apabila masalah timbul, dia menyalahkan
TNB, Syabas dan JKR yang melengah-lengahkan adalah punca projek ini
dilengahkan. Ini telah menyusahkan orang ramai dan pengguna jalan disitu
termasuk perniagaan disitu juga terjejas. Tambahan pula, Y.B. Ean Yong tidak
mengadakan Sesi Dialog untuk berbincang dengan penduduk tempatan tentang projek
ini.
Allan Liew : Rakyat mempunyai hak untuk tahu tentang perbelanjaan naik taraf Jalan Utama ke Jalan Sehala. Jika Y.B. Ean Yong dan Y.B. Teo gagal membuat penjelasan, saya akan melaporkan kepada SPRM.
Menurut En. Allan Liew, kerja
mengalihkan tiang lampu, paip bawah tanah dan kabel sepatutnya dilaksanakan
sebelum memulakan sebarang kerja pembinaan dijalanraya. Selain itu, Y.B. Ean
Yong sepatutunya mengadakan satu mesyuarat dengan agensi yang bertanggungjawab
dalam projek menaiki taraf ini untuk membincang dengan teliti setiap fasa yang
perlu dilakukan. Selain itu, tiada tanda-tanda untuk memaklumkan Pembinaan ini
kepada pengguna jalanraya dan itu amat membahayakan dan terdapat pemandu yang
membuat pusingan-U sesuka hati.
Y.B. Ean Yong juga tidak mengadakan
sebarang sesi dialog tentang project ini dengan orang ramai yang juga merupakan
gayanya yang langsung tidak mengambil perhatian dan mendengar suara rakyat.
Menurut En. Allan Liew, RM36Juta telah digunakan untuk menaiki taraf jalaraya
dalam projek ini dan En. Allan Liew menggesa Y.B. Teo Nie Ching dan Y.B. Ean
Yong untuk membuat penjelasan tentang perbelanjaan RM36Juta dalam 3 hari. Jika
Y.B. Ean Yong gagal memberi penjelasan , En. Allan Liew akan melaporkan kepada
SPRM.
Thursday, March 14, 2013
MAJLIS PECAH TANAH SJK(C) BUKIT SERDANG
En. Allan Liew
Sin Kim telah dijemput
untuk ke majlis pecah tanah SJK(C) Bukit Serdang. Majlis ini bertujuan sebagai
satu pembukaan rasmi pembinaan SJK(C) Bukit Serdang.
Masa: 9.00pagi
hingga 11.30pagi
Tempat : Tapak
Pembinaan SJK(C) Bukit Serdang
V.I.P yang Hadir
1. Dato Seri Dr.
Chua Soi Lek (Presiden MCA)
2. Dato’ Liew
Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang)
3. Dato’ Yap
Pian Hon (Pegawai Penyelaras Parlimen Serdang)
4. Dato’ Hoh Hee
Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang)
5. Y.B. Dato’
Satin (ADUN Sri Serdang dan Ketua UMNO Puchong)
Dato’
Liew juga mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa MPSJ bahagian
perancang tidak menyokong pembinaan ini dan parti pembangkang juga mengambil
isu ini sebagai salah satu isu politik. Walaupun pembinaan SJK(C) Bukit Serdang ditolak oleh MPSJ Bahagian Perancang
Tanah, En. Allan Liew berharap Exco dari Pakatan Rakyat tidak mempergunakan pembinaan ini
sebagai salah satu isu politik dan berharap pembinaan sekolah ini akan
selesai dibina secepat mungkin. Tambahan pula MPSJ Bahagian Perancang Tanah tidak menyokong, Pembinaan SJK(C) Bukit Serdang tetap diteruskan demi masa depan anak-anak Malaysia yang akan belajar disana dan meringankan beban penduduk yang tinggal berdekatan disana untuk membawa anak-anak mereka ke sekolah. Sebarang risiko daripada pembinaan ini, MCA rela menanggung demi masa depan anak-anak Malaysia,
Tuesday, March 5, 2013
IBU TUNGGAL MENCARI ANAKNYA
En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro
Pengaduan Awam MCA Selangor) telah menghadiri satu sidang akhbar di MCA Petaling Jaya Selatan.
Yang turut hadir dalam sidang akhbar ini adalah Dato’ Theng Book (Ketua Biro
Pengaduan Awam MCA Selangor) dan Dato C.K. Lim (Penasihat Undang-undang).
Sidang akhbar ini adalah berkaitan
dengan satu kes dimana seorang ibu tunggal warganegara Thailand bernama
Thitinan Thahan yang telah berpisah dengan suaminya (warganegara Malaysia)
sedang mencari 2 orang ananknya. Seorang berumur 5 tahun (perempuan) dan
seorang lagi berumur 3 tahun (lelaki) yang tidak dapat dijumpai selepas dia
meminta pertolongan kakak iparnya (tinggal di Damansara) menjaga mereka semasa dia balik ke Thailand
untuk membuat pengurusan. Mula-mula, Puan
Thitinan mahu membawa anaknya untuk balik ke Thailand, malangnya, passport
kedua-dua anaknya telah hilang.
Apabila Puan Thitinan balik dari
Thailand dan bertanya kepada kakak iparnya tentang anaknya pada , kakak iparnya
berkata bahawa ibu mertua Puan Thitinan telah mengambil anaknya dan ibu mertuanya
telah berpindah dan tidak dapat dicari juga. Selepas itu, Puan Thitinan mula
berasa risau terhadap anaknya mungkin telah dijual dan berharap bahawa kakak
iparnya atau mak mertuanya yang telah mengambil anaknya akan mengembalikan
kepadanya. Laporan polis telah dibuat olehnya
Ulasan
1. Dato’ Theng Book berpendapat bahawa sesiapa
daripada keluarga suaminya tidak mempunyai hak yang sah untuk mengambil
anak-anak Puan Thitinan dan ini dan boleh didakwa atas perdagangan kanak-kanak.
2. Menerusi sidang akhbar Biro Pengaduan Awam MCA
Selangor berharap bahawa sesiapa yang menjumpai anaknya, sila buat laporan
polis ke balai yang berdekatan ataupun memberitahu Biro Pengaduan Awam MCA
Selangor pada talian 03-7957 4211.
3. En. Allan
Liew akan menggunakan sosial media seperti Facebook dan Blogger untuk membantu
dalam pencarian anak Puan Thitinan.
Menurut undang-undang di Malaysia, jikalau, ayah kepada anak tidak mahu menjaga anaknya, maka ibu kepada anak mempunyai hak yang sepenuhnya untuk menjaga mereka.
Monday, March 4, 2013
SIASATAN SYABAS TERHADAP MASALAH KEBOCORAN AIR DI JALAN 2/15 KAMPUNG BARU BALAKONG
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan
Awam MCA Serdang) dan En. Yap Yoon ( Ketua Kampung Baru Balakong, JKKP) telah menghubungi Syabas untuk menyiasat
masalah kebocoran di Jalan 2/15 Kampung Baru Balakong dan menyebabkan air
keluar. Penduduk telah membuat aduan kira-kira sebulan lepas. Menurut pihak
Syabas, selepas siasatan, air yang mengalir keluar tidak mengandungi klorin dan
ini menunjukkan air yang mengalir keluar adalah tidak berkaitan dengan Syabas
dan masih tidak tahu sebab utama yang mengakibatkan masalah ini. Sebelum ini,
pihak Syabas telah datang dan menbaiki untuk 2kali, tetapi selepas pembaikan,
masalah tidak diselesaikan.
1. Selepas siasatan pada hari ini, En. Allan
Liew dan En. Yap Yoon telah memahami bahawa masalah kebocoran ini adalah tidak
berkaitan dengan Syabas dan berharap bahawa pihak Syabas dapat memberi satu
surat untuk menyatakan bahawa masalah air mengalir keluar dari bawah jalan
adalah tidak berkaitan dengan mana-mana pihak dari Syabas.
2. En. Allan Liew dan En. Yap Yoon akan melaporkan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan berharap pihak dari MPKj akan mengambil prihatin dalam meneliti masalah ini dan menyelesaikan masalah ini.
3. En. Allan Liew berpendapat bahawa, MPKj dan Syabas perlu membuat satu perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
4. En. Allan Liew dan En. Yap Yoon berpendapat bahawa air yang mengalir keluar ke jalanraya akan menyebabkan jalanraya menjadi licin dan adalah amat berbahaya terhadap pengguna jalanraya.
Friday, February 1, 2013
TERIMA KASIH TERHADAP JASA BAIK TNB
dari kanan ke-2, Dato’ Hoh Hee Lee,
Allan Liew Sin Kim, Yap Yoon bersama-sama dengan penduduk Kampung Baharu
Balakong dan wartawan.
Februari
1, 2013 – En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah
menghadiri satu sidang akhbar berkaitan dengan pembaiki jalanraya di Kampung
Baharu Balakong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
En. Yap Yoon (Ketua Kampung Baharu
Balakong) telah meluahkan terima kasih terhadap TNB kerana telah membaiki
dan mencantikkan jalanraya di Kampung Baharu Balakong dan telah menepati
janji-janji mereka selepas memasang kabel-kabel bawah tanah. Akan tetapi beliau
berharap TNB juga akan membaiki jalanraya di Jalan KP 2/15, kira-kira 900m. Dato
Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA
Serdang) juga berharap TNB akan membaiki jalan tersebut dan pada masa kini,
sekurang-kurangnya meratakan jalanraya tersebut.
En. Allan Liew yang sedang
menunjukkan contoh meter yang terletak didalam yang tidak dapat dilihat oleh
pegawai TNB jika pintu ditutp
En. Allan Liew juga berterima kasih
terhadap jasa baik TNB kerana sudi mencantikkan dan membaiki jalanraya di
Kampung Baharu Balakong dan menepati janji mereka. Tambahan pula, En. Allan
Liew telah mengambil kesempatan pada hari ini untuk memberitahu kepada orang
ramai iaitu mulai bulan Februari 2013, TNB tidak akan menghantar bil anggaran
kepada pelangganya. Ini adalah kerana TNB ingin mengurangkan salah faham antara
pelanggan terhadap TNB selepas TNB menerima banyak aduan tentang rasa tidak
puas hati pelanggan terhadap cara ini. Akan tetapi terdapat meter yang terletak
didalam rumah dan pelanggan tersebut tidak berada dirumah semasa pegawai TNB
sampai untuk menulis bil, maka bil anggaran akan dihantar kepada pelanggan
kerana mereka tidak dapat membaca meter tersebut. Selain itu, En. Allan Liew
juga menyeru orang ramai, jika mereka masih menerima bil anggaran mulai
Februari 2013, sila hubungi dia di talian 012-3392989.
Selain itu, pada masa kini, TNB
telah membaiki dan mempertingkatkan perkhidmatan mereka , seperti menyelesaikan
segala aduan yang dibuat oleh pelanggan mereka dengan secepat mungkin.
En. Allan Liew
sedang menujukkan jalan yang berlubang dan kabel telah terkeluar
Monday, January 21, 2013
MASALAH SAMPAH-SARAP DI SERI CHERAS
Dari
kanan ke-3 En. Allan Liew dengan pengadu-pengadu
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang)
telah mengadakan satu sidang akhbar selepas menerima aduan daripada Puan Khoo
yang bekerja di kilang yang berhampiran di Seri Cheras. Selain daripada
menerima aduan tentang masalah sampah-sarap, En. Allan Liew juga menerima aduan
bahawa semasa hujan, banjir lumpuh akan berlaku dan longkang di tempat situ
telah tersumbat. Selain daripada masalah sampah-sarap dan banjir. En. Allan Liew
mendapati bahawa terdapat sebanyak 4 buah kereta yang telah rosak , terbiar dan
tidak dikendali dengan cara yang sesuai disitu.
Menurut Puan Khoo, dia telah
menghadapi masalah ini selama 3 bulan lebih dan dia telahpun menbuat aduan
kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerusi e-aduan dan juga pergi ke
pejabat MPKj. Akan tetapi, tiada sebarang tindakan dilaksanakan oleh MPKj.
Tambahan pula, Puan Khoo juga telah banyak kali menghubungi ahli Majlis MPKj, Eddie
Ng dan setiap kali gagal dihubungi.
En. Allan Liew berpendapat bahawa
MPKj dan Wakil Rakyat Balakong, Y.B. Yap Lum Chin tidak bertanggungjawab dan
langsung tidak mengambil perhatian dalam mengendalikan hal-hal sampah-sarap dan
di kawasan Balakong, masalah sampah-sarap semakin serius. En. Allan Liew
berharap bahawa Y.B. Yap Lum Chin akan turun padang dalam meneliti keadaan
Balakong dan tidak memberi alasan dengan mengaitkan hal-hal ini dengan kerajaan
sebelumnya. Tambahan pula, MPKj tidak menyediakan tempat yang sesuai untuk
orang-orang membuang sampah.
Walaupun Kerajaan Selangor
mengumumkan bahawa mereka telah menjimatkan wang yang banyak menerusi
pertukaran Kontraktor daripada Alam Flora ke kontraktor yang lain dalam
pengedalian sampah-sarap, akan tetapi ia adalah tidak berguna kerana wang yang
dijimat telah menambahkan masalah pembuangan sampah-sarap dan membahayakan kesihatan
orang-orang yang tinggal disana. Selain itu, En. Allan Liew juga berpendapat
bahawa Kerajaan Selangor perlu melihat pada kriteria yang bersesuaian semasa
mengupah kontraktor dalam pengendalikan sampah-sarap, bukan sahaja melihat
dalam aspek harga sahaja.
Tambahan pula, perayaan Cina sudah
dekat dan banyak warga-warga Cina yang meraikan Tahun Baru Cina akan membuang
barangan yang besar seperti perabot. En. Allan Liew menggesa MPKj untuk menyediakan
lorry untuk mengendalinya dalam musim perayaan ini.
Friday, January 11, 2013
MENAMPAL POSTER MENCARI AHLI KELUARGA YAP CHOON FATT
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang)
telah turun padang untuk menolong En Yap Choon Fatt yang masih terlantar di
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
untuk mencari ahli keluarganya. En. Allan Liew telah pergi ke beberapa kawasan
di Seri Kembangan untuk menampal poster En. Yap mencari ahli keluarganya dan
bertanya dengan orang di sekitar Seri Kembangan supaya berharap boleh mendapat
maklumat tentangnya yang lebih lanjut. En. Allan Liew hanya mendapat maklumat
daripada orang bahawa mereka pernah berjumpa dengan En. Yap di Pasar Malam Seri
Kembangan meminta sedekah. Pada masa yang sama En. Allan Liew juga meminta Dato’
Liew Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang) untuk menghulurkan bantuan dalam
pencarian ahli keluarga En. Yap
Dari kiri : Allan Liew, Dato’ Liew
Thursday, January 10, 2013
PENGGUNA UNIFI TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KHIDMAT YANG DIBERI OLEH TMNET
Dari
kiri Kelvin Chong (Timbalan Pengerusi I Biro Pengaduan Awam MCA Selangor), Chan
Wen Seng, Dato’ Theng Book (Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor), Dato’
C.K. Lim (Penasihat Perundangan Biro Pengaduan Awam MCA Selangor), Allan Liew
Sin Kim (Timbalan Pengerusi II Biro Pengaduan Awam MCA Selangor & Ketua PDM
Perimbun)
En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro
Pengaduan Awam MCA Selangor & Ketua PDM Perimbun) telah menghadiri satu
sidang akbhar tentang En. Chan Wen Seng mengadu tidak berpuas hatian dia dengan
khidmat yang diberi oleh TM Net.
Pada July 2011, En. Chan telah
mendaftar satu pakej Internet (VIP 5,
RM149 sebulan) tetapi dengan dukacitanya, dia tidak dapat menikmati
perkhidmatan Internet yang dibayar olehnya. Walaupun dia telah membuat aduan
kepada TM Net dan juga National Consumer Complaint Centre, akan tetapi,
perkhimatan Internet masih tergendala. Menurut En. Chan, dia enggan membayar
bil internet (RM1004.25) kerana
berasa tidak adil untuknya membayarkan perkhimatan yang langsung tidak
digunakan olehnya dan TM Net telah mengupah sebuah syarikat pemungut hutangnya
berjumlah RM1317.00. Hal ini telah menambahkan ketidakpuashatiannya kerana, TM
Net telah berjanji kepadanya untuk member rebate RM500, akan tetapi wang yang
perlu dibayar telah meningkat.
Selain itu, dia juga berkata bahawa juruteknik
yang datang dari TM Net untuk membaiki modem Internetnya meminta wang sebanyak
RM20 dan RM30 untuk datang membaiki Internet sebagai pembayaran untuk masa
tambahan kerja mereka dan TM Net tidak pernah merekod aduannya.
En. Allan Liew berpandangan bahawa
TM Net sepatutnya perlu menyelesaikan masalah En. Chong secepat mungkin sebelum
menggenakan bayaran. Selain daripada itu, En. Allan Liew juga berharap TM Net
untuk meningkatkan perkhidmatan mereka dan patut memberi perkhimatan kepada
pelanggan sebaik mungkin kerana ini adalah tidak adil untuk mengenakan bayar
kepada pelanggan dan tidak memberi sebarang perkhimatan kepada perlanggan.
EJEN PEKERJA ASING DITIPU OLEH SEORANG YANG MENYAMAR SEBAGAI PENGUATKUASAAN IMIGRESEN DAN SEORANG LELAKI YANG TIDAK DIKENALI
En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro
Pengaduan Awam MCA Selangor & Ketua PDM Perimbun) telah menghadiri satu
sidang akbhar tentang dua orang ( seorang perempuag, seorang lelaki) yang
ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai Timbalan Pengarah Penguatkuasa
Imigresen dan seorang rakan kongsinya. Menurut kepada dua orang mangsa ditipu,
lelaki yang menyamar sebagai Timbalan Pengarah Penguatkuasa Imigresen bernama
Ken dan rakan kongsinya bernama Kelvin.
En Thong (mangsa penipuan), dia
mengenali Ken semasa program 6P dilancarkan dan Ken berkata kepada dia bahawa
dia boleh menolong En. Thong untuk mendapatkan permit kerja untuk pekerja asing
dengan syarat bahawa En. Thong dikenakan bayaran RM500 untuk seorang pemohon.
Malangnya, selepas beberapa bulan dia membayar wang berjumlah sebanyak RM70k
lebih kepada Ken, dia langsung tidak mendapat sebarang permit yang diluluskan
dan ini menyebabkan dia ingin menukarkan ejen yang lain untuk buat dan menyuruh
Ken untuk memulangkan wang yang dibayar olehnya. Akan tetapi, Ken tidak
memulangkan wang dan cek yang diberi kepada En. Thong adalah tidak sah. Ken dan
Kelvin juga berkata bahawa wang telah diberi kepada seorang bernama Raja, akan
tetapi kedua-dua mangsa ini tidak pernah membuat sebarang perjumpaan atau
menghubungi Raja.
En. Thong juga berkata bahawa, dia
pernah pergi ke Jabatan Imigresen di Putrajaya dan berjumpa dengan Ken ada
memakai jacket imigresen dan mempunyai kad pengenalan sebagai pihak imigresen
dan oleh sebab itu, dia mempercayai bahawa Ken adalah pihak Imigresen.
Dari
kiri depan : Cik Low, En. Thong, Dato’ Theng Book (Pengerusi Biro Pengaduan
Awam MCA Selangor) , Dato’ C.K. Lim (Penasihat Perundangan Biro Pengaduan Awam
MCA Selangor) ; Dari kiri belakang : Kelvin Chong (Timbalan Pengerusi I Biro
Pengaduan Awam MCA Selangor), Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi II Biro
Pengaduan Awam MCA Selangor)
Selain En. Thong, seorang mangsa
yang lain iaitu Cik Low juga menhadapi masalah yang sama dengan Ken. Dia telah
membuat bayaran sebanyak RM96k lebih kepada Ken dan Ken hanya memulangkan RM18k
kepadanya. Menurut Cik Low, dia mengenali Ken dan berasa amat kecewa apabila
ditipu oleh Ken. Cik Low juga telah membuat satu laporan polis terhadap kes ini
dan kedua-dua mereka kena membuat tanggungan terhadap wang yang ditipu dan
mencari ejen lain untuk memohon permit. Kedua-dua orang telah ditipu oleh Ken
sebanyak RM200K. Kedua-dua mangsa juga berkata bahawa satu aduan telah dibuat
di laman web imigresen akan tetapi tiada sebarang maklum balas daripada pihak
imigresen.
Biro Pengaduan Awam MCA Selangor
ada membuat satu perjumpaan dengan Ken dan Kelvin akan tetapi hanya Kelvin yang
datang dan dia tidak pasti apa yang sedang berlaku. Dato Theng Book (Pengerusi Biro Pengaduan
Awam MCA Selangor) berharap bahawa jika terdapat sesiapa yang juga menghadapi
kes yang sama seperti ini, sila datang ke Biro Pengaduan Awam MCA Selangor atau
menelefon untuk membuat aduan kerana dia percaya bahawa kemungkinan ada orang
lain yang juga menghadapi masalah seperti ini dan berharap polis akan membuat
siasatan terhadap kes ini.
En. Allan Liew berharap dan
menyuruh orang ramai tidak mudah mempercayai dan memberi wang yang berjumlah
banyak kepada orang yang tidak dikenali atau kurang pasti dengan latar
belakangnya. Tambahan pula, dia juga menyuruh orang ramai untuk berhati-hati
walaupun orang mengenalkan diri mereka adalah pihak dari mana-mana
penguatkuasaan kerana mempunyai kes-kes orang menyamar sebagai pihak
penguatkuasa dan menipu. Selain itu, dia juga berkata bahawa orang ramai
dikehendaki menyiasat dengan betul dengan jabatan penguatkuasa masing-masing
jika terdapat orang dari mana-mana yang menperkenalkan diri mereka sebagai
pihak penguatkuasa dalam urusan rasmi. En. Allan Liew berharap bahawa polis
akan membuat siasatan dengan secepat mungkin supaya tidak ada mangsa yang lain
ditipu.
Friday, January 4, 2013
MPKj NEGLECTED THE BROKEN HEIGHT BARRIER AT KG. BARU BALAKONG
MPKj
neglected the broken height barrier at Kg. Baru Balakong. It had been already
weeks and it is dangering the safety of villagers staying there as well as
public who are using that road. A lot of lorry drivers are not aware of the
existent of the height barrier in that village settlement and each time when
they are unable to pass through the height barrier and they have to reverse
back to the main road and unable to make an U-turn due to the narrow road.
From left Dato’ Hoh Hee Lee (Deputy Chairman of MCA
Serdang), Allan Liew Sin Kim (Serdang MCA Public Complaints and Services
Department), Yap Yoon ( Ketua Kampung (JKKP) of Kampung Baru Balakong)
Allan Liew showing the part which is going to
collapse soon
Allan Liew Sin Kim (Serdang MCA Public Complaints
and Services Department), Dato’ Hoh Hee Lee (Deputy Chairman of MCA Serdang) and
Yap Yoon ( Ketua Kampung (JKKP) of Kampung Baru Balakong) are extremely concern
about the safety of this issue.
Yap Yoon urged MPKj to put up a warning sign board of
the height of vehicle which can enter at the main entrance and give proper
direction to lorry drivers to enter the village. “It’s dangerous as it is broken and if
another lorry crash at this height barrier, it will collapse and will danger
the life of anyone who are nearby there” he said.
According to Allan Liew, Y.B. Yap Lum Chin (Balakong
Assemblyman) and Y.B. Teo Nie Ching (Member of Parliament for Serdang) are not
aware of the happening at the area they are responsible to. They do not pay
attention with the problems where people are facing. Not only this neglected
broken barrier but there are others unsolved issues such as cleanliness of the
environment and bad condition of the road such as pot holes. Allan Liew also
said that he could not see DAP’s C.A.T. (competency, accountability,
transparency) policy in governing the state but he could only see the normal
trend of DAP’s empty promises and a lot of issues not being look into
seriously. Moreover he also questioned that, with all these few years of
suffering by the Rakyat, do Y.B. Yap Lum Chin and Y.B. Teo Nie Ching deserve to
be given a big hand of applause? He urged MPKj to repair this broken height barrier immediately with anymore excuses.
Meanwhile,
Dato’ Hoh urged MPKj to repair this broken height barrier immediately without
fail and cooperate with Ketua Kampung whereby they are more aware with the
village settlement conditions and problems which villagers are facing.
Friday, December 28, 2012
TELCO USERS COMPLAINT ON DROP-CALL
The unnecessary charges imposed to telco users due
to drop-call had raised the rile of telco users. A survey had been done by MCA
Selangor Public Services and Complaints Department regarding this issue on over
300 people and together with the complaints received by the past few months on
this drop-call. Everyone was extremely dissatisfied with these unnecessary
charges. In addition, regarding to these unnecessary charges being imposed to
telco users, it starts to bring up the suspicious of telco users whereby they
wonder are those telco company using this kind of indirect ways in order to
raise their company profits. Moreover with the increase of telco users
nowadays, there is a need for telco companies to upgrade their system and not
giving excuses that users are at the area where there is no connection. This is
unacceptable to all users because they able to phone to another party but it
hang up after 2-3 minutes.
Front from left, Kelvin Chong (Deputy Head I of MCA Selangor Public Services & Complaint Department), Dato’ Theng Book (Head of MCA Selangor Public Services & Complaint Department), Dato' CK Lim (Legal Adviser of MCA Selangor Public Services & Complaint Department), Allan Liew (Deputy Head I of MCA Selangor Public Services & Complaint Department) together with complainers who are standing behind.
According to Dato’ Theng Book the charges are unfair to telco
users. He urges telco companies to gives a reasonable explanation in 2 weeks
time without fail. If not, MCA Selangor Public Srvices and Complaints
Department will brings this issue and send memorandum to Ministry who is in
charge with telecommunication and Malaysia Communication and Multimedia
Commissioner.
According to Allan Liew this issue should not be view just
on the charges but also others secondary problems especially during business
conversation through phone. It affects the running of the business as when the
phone suddenly hang up half way discussing, the client will misunderstands that
the company is not interested in dealing with them and disrespectful to them.
In addition, he personally also faced this problem before where complainers
misunderstand that he have the intention to hang up the call during half way
conversation.Meanwhile, Kelvin said that drop-call occurs after 1-2 minutes and he received a lot of complaints on this issues and Dato' CK Lim is unable to accept the accuses given by telco companies regarding on blindspot in the area.
MCA Selangor Public Services and Complaints
Department hopes that government will take a step in monitoring the service
provided by telco user so that telco companies will not monopoly the
telecommunication market and grant more license to open up more telco companies
so that users can have a better choice. Besides, government should provide a
department to let telco users to voice out any of their opinions and
dissatisfaction of the service.
Wednesday, December 26, 2012
A SENIOR CITIZEN WITHOUT ANY IDENTIFICATON DOCUMENT WAS FOUND WONDERING IN DAMAI PERDANA CHERAS
from left Allan Liew getting Yap personal details.
An old man who he call himself as
Yap Choon Fatt who was found wondering in Damai Perdana by passerby and the
passerby report to the police. Police officer at that station found out that
this old man does not have any identification document to indentify his
identity. Therefore the police officer called up Jabatan Kebajikan Masyarakat
so that they could help this old man.
When officer from Jabatan Kebajikan Masyarakat reach that place they too
call up the ambulance to admit him to the hospital because they found that he
is bleeding at his anus and Allan Liew suspects that he is suffering from some
kind of diseases.
Allan Liew Sin Kim (MCA Serdang
Chief of Public Services and Complaints) receive call to help to settle this
case and help this old man to find his relatives. He immediately went to the
scene. When Allan Liew reach to the scene, he found out that this old man was
sitting in front of the Damai Perdana Police Station on the road where at that
same time there is night market and refused to go anywhere or listen to
anybody. Allan Liew together with Dato’ Hoh try to convince Yap to go to the
hospital whereby first of all he aggressively rejected to admit to the
hospital. Allan Liew only knows that this old man named Yap Choon Fatt and he
lives at Serdang because Yap does not provide further information to Allan Liew
as Yap is not sure what is happening.
Allan Liew too expressed his
empathy towards this old man whereby he does not remember his way home and does
not know where his relatives are. Allan Liew said that if anyone who know this
person please contact him at 012-3392989. This old man was sent to Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Monday, December 24, 2012
BANJIR KILAT DI SERDANG
Satu hujan lebat dan banjir kilat telah berlaku pada 21.12.2012 pada jam 6petang dikawasan Serdang yang menyebabkan penduduk setempat mengalami kesusahan dan kerugian. MCA Serdang amat prihatin terhadap kejadian ini dan juga menerima banyak aduan daripada penduduk setempat bahawa mereka telah mengalami kerugian yang besar disebabkan oleh kejadian ini.
Kawasan yang terlibat adalah Sungai Kuyu (Kawasan 5 dan Kawasan 9 Kampung Seri Kembangaan) ,Pusat Perdagangan Seri Kembangan Bukit Serdang (Seksyen 1 dan Seksyen 14), Serdang Jaya, Seri Serdang yang air menaik sebanyak 4 kaki.Kejadian banjir kilat ini pernah berlaku pada bulan September 2012 akan tetapi tiada langkah-langkah pencegahan diambil kira oleh Kerajaan Tempatan. Pembangunan di cerun bukit (Seksyen 1 dan Seksyen 14) telah menyebabkan banjir lumpuh kerana air lumpuh mengalir keluar dan menyebabkan banjir lumpuh di tempat-tempat berdekatan disitu akan tetapi kerajaan tempatan tidak mengambil inisiatif untuk mematau kejadian lumpur ini yang berlaku dan mengambil tindakan terhadapnya. Selain itu, di Sungai Kuyu terdapat 2 pam yang telah dibina akan tetapi tidak diselengara dengan baik dan mengakibatkan banjir berlaku.Tambahan pula, pam tersebut adalah system manual dan bukan automatik. Oleh itu, apabila air menaik, ia memerlukan orang untuk mengepamkan pam tersebut. MCA Serdang mencadangkan bahawa Kerajaan Tempatan sepatutnya menaikkan taraf pam tersebut kepada system automatik.
Menurut Pengerusi MCA Serdang Dato’ Liew Yuen Keong,
walaupun kejadian ini pernah berlaku pada bulan September akan tetapi Kerajaan
Tempatan (Pakatan Rakyat) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak
mengambil sebarang tindakan yang pro-aktif dan tidak mengambil tanggungjawab untuk
menyelesaikan masalah ini akan tetapi menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Beliau juga mendapati bahawa Tasik Takungan
Serdang Jaya adalah punca utama kerana terdapat banyak sampah-sarap disitu yang
menyebabkan air tidak boleh mengalir dengan licin dan tersumbat. Tambahan pula,
longkang tidak dibersihkan dengan baik. Dato’
Liew juga berasa pelik kerana banjir yang berlaku di Klang dan juga Kajang
telah mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM5juta untuk
membuat peyelenggaraan akan tetapi di Serdang masih tiada sebarang langkah yang
diambil untuk menbuat pencegahan. Beliau memohon Kerajaan Negeri akan memberi
peruntukan kepada MPSJ dan Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan program perncegahan dan Kerajaan
Negeri dan MPSJ perlu bekerjasama dengan JPS demi kepentingan rakyat untuk
membuat pencegahan daripada berlaku banjir. Beliau juga menyuruh penduduk
tempatan member kerjasama dalam menjaga kebersihan sungai dan longkang dan
berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MPSJ supaya memberi ganti rugi kepada
mangsa-mangsa banjir di kawasan Serdang.
dari kiri Wong Jun Lik, Allan Liew, Dato' Liew , ahli MCA Serdang sedang menunjukkan Tasik Takungan Air Serdang yang merupakan satu punca banjir kerana terdapat banyak sampah sarap ditasik tersebut.
Kawasan yang terlibat adalah Sungai Kuyu (Kawasan 5 dan Kawasan 9 Kampung Seri Kembangaan) ,Pusat Perdagangan Seri Kembangan Bukit Serdang (Seksyen 1 dan Seksyen 14), Serdang Jaya, Seri Serdang yang air menaik sebanyak 4 kaki.Kejadian banjir kilat ini pernah berlaku pada bulan September 2012 akan tetapi tiada langkah-langkah pencegahan diambil kira oleh Kerajaan Tempatan. Pembangunan di cerun bukit (Seksyen 1 dan Seksyen 14) telah menyebabkan banjir lumpuh kerana air lumpuh mengalir keluar dan menyebabkan banjir lumpuh di tempat-tempat berdekatan disitu akan tetapi kerajaan tempatan tidak mengambil inisiatif untuk mematau kejadian lumpur ini yang berlaku dan mengambil tindakan terhadapnya. Selain itu, di Sungai Kuyu terdapat 2 pam yang telah dibina akan tetapi tidak diselengara dengan baik dan mengakibatkan banjir berlaku.Tambahan pula, pam tersebut adalah system manual dan bukan automatik. Oleh itu, apabila air menaik, ia memerlukan orang untuk mengepamkan pam tersebut. MCA Serdang mencadangkan bahawa Kerajaan Tempatan sepatutnya menaikkan taraf pam tersebut kepada system automatik.
sedang menunjukkan gambar-gambar yang telah diambil pada masa kebanjiran berlaku dan punca-punca tempat kebanjiran
dari kiri Allan Liew, Dato' Liew, ahli MCA Serdang, Wong Jun Lik,
Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang)
mengessa MPSJ supaya mendalamkan dan meluaskan Tasik Takungan Serdang secepat
mungkin untuk mencegah kejadian banjir supaya penduduk setempat tidak mengalami
kesusahan dan kerugian daripada kejadian banjir.Dia juga berkata bahawa YB Ean Yong Han Wah selaku seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Seri Kembangaan langsung tidak mengambil perhatian dan prihatin terhadap hal-hal banjir yang serius ini. Allan Liew juga berpendapat bahawa ini bukan kali pertama banjir berlaku di Serdang akan tetapi merupakan kali yang kedua dan sepatutnya YB Ean Yong Han Wah patut mengambil tindakan pencegahan terhadap banjir apabila telah berlaku pada bulan September. Ini telah menunjukkan bahawa YB Ean Yong Han Wah tidak bertanggungjawab dalam tugas dia sebagai ADUN Seri Kembagaan dan ini telah mengecewakan rakyat-rakyat yang mengundi dia dalam PRU-12. Tambahan pula, banjir yang berlaku pada kali kerdua ini, dia langsung tidak turun padang untuk mengambil berat terhadap mangsa-mangsa banjir.
Popular Posts
-
En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro Pengaduan Awam MCA Selangor) telah menghadiri satu sidang akhbar di MCA Petaling...
-
Dari kanan ke-3 En. Allan Liew dengan pengadu-pengadu En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) telah mengad...
-
En. Allan Liew Sin Kim telah dijemput untuk ke majlis pecah tanah SJK(C) Bukit Serdang. Majlis ini bertujuan sebagai satu pembukaan ...










































