Monday, December 24, 2012

BANJIR KILAT DI SERDANG

Satu hujan lebat dan banjir kilat telah berlaku pada 21.12.2012 pada jam 6petang dikawasan Serdang yang menyebabkan penduduk setempat mengalami kesusahan dan kerugian. MCA Serdang amat prihatin terhadap kejadian ini dan juga menerima banyak aduan daripada penduduk setempat bahawa mereka telah mengalami kerugian yang besar disebabkan oleh kejadian ini.


dari kiri Wong Jun Lik, Allan Liew, Dato' Liew , ahli MCA Serdang sedang menunjukkan Tasik Takungan Air Serdang yang merupakan satu punca banjir kerana terdapat banyak sampah sarap ditasik tersebut.

Kawasan yang terlibat adalah Sungai Kuyu (Kawasan 5 dan Kawasan 9 Kampung Seri Kembangaan) ,Pusat Perdagangan Seri Kembangan Bukit Serdang (Seksyen 1 dan Seksyen 14), Serdang Jaya, Seri Serdang yang air menaik sebanyak 4 kaki.Kejadian banjir kilat ini pernah berlaku pada bulan September 2012 akan tetapi tiada langkah-langkah pencegahan diambil kira oleh Kerajaan Tempatan. Pembangunan di cerun bukit (Seksyen 1 dan Seksyen 14) telah menyebabkan banjir lumpuh kerana air lumpuh mengalir keluar dan menyebabkan banjir lumpuh di tempat-tempat berdekatan disitu akan tetapi kerajaan tempatan tidak mengambil inisiatif untuk mematau kejadian lumpur ini yang berlaku dan mengambil tindakan terhadapnya. Selain itu, di Sungai Kuyu terdapat 2 pam yang telah dibina akan tetapi tidak diselengara dengan baik dan mengakibatkan banjir berlaku.Tambahan pula, pam tersebut adalah system manual dan bukan automatik. Oleh itu, apabila air menaik, ia memerlukan orang untuk mengepamkan pam tersebut. MCA Serdang mencadangkan bahawa Kerajaan Tempatan sepatutnya menaikkan taraf pam tersebut kepada system automatik.



sedang menunjukkan gambar-gambar yang telah diambil pada masa kebanjiran berlaku dan punca-punca tempat kebanjiran

Menurut Pengerusi MCA Serdang Dato’ Liew Yuen Keong, walaupun kejadian ini pernah berlaku pada bulan September akan tetapi Kerajaan Tempatan (Pakatan Rakyat) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak mengambil sebarang tindakan yang pro-aktif dan tidak mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini akan tetapi menyalahkan Kerajaan Persekutuan.  Beliau juga mendapati bahawa Tasik Takungan Serdang Jaya adalah punca utama kerana terdapat banyak sampah-sarap disitu yang menyebabkan air tidak boleh mengalir dengan licin dan tersumbat. Tambahan pula, longkang tidak dibersihkan dengan baik.  Dato’ Liew juga berasa pelik kerana banjir yang berlaku di Klang dan juga Kajang telah mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM5juta untuk membuat peyelenggaraan akan tetapi di Serdang masih tiada sebarang langkah yang diambil untuk menbuat pencegahan. Beliau memohon Kerajaan Negeri akan memberi peruntukan kepada MPSJ dan  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan program perncegahan dan Kerajaan Negeri dan MPSJ perlu bekerjasama dengan JPS demi kepentingan rakyat untuk membuat pencegahan daripada berlaku banjir. Beliau juga menyuruh penduduk tempatan member kerjasama dalam menjaga kebersihan sungai dan longkang dan berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MPSJ supaya memberi ganti rugi kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Serdang.


dari kiri Allan Liew, Dato' Liew, ahli MCA Serdang, Wong Jun Lik, 

Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) mengessa MPSJ supaya mendalamkan dan meluaskan Tasik Takungan Serdang secepat mungkin untuk mencegah kejadian banjir supaya penduduk setempat tidak mengalami kesusahan dan kerugian daripada kejadian banjir.Dia juga berkata bahawa YB Ean Yong Han Wah selaku seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Seri Kembangaan langsung tidak mengambil perhatian dan prihatin terhadap hal-hal banjir yang serius ini. Allan Liew juga berpendapat bahawa ini bukan kali pertama banjir berlaku di Serdang akan tetapi merupakan kali yang kedua dan sepatutnya YB Ean Yong Han Wah patut mengambil tindakan pencegahan terhadap banjir apabila telah berlaku pada bulan September. Ini telah menunjukkan bahawa YB Ean Yong Han Wah tidak bertanggungjawab dalam tugas dia sebagai ADUN Seri Kembagaan dan ini telah mengecewakan rakyat-rakyat yang mengundi dia dalam PRU-12. Tambahan pula, banjir yang berlaku pada kali kerdua ini, dia langsung tidak turun padang untuk mengambil berat terhadap mangsa-mangsa banjir.







0 comments:

Post a Comment

Popular Posts