Tuesday, December 11, 2012

KEKURANGAN KETULUSAN DALAM PENGENDALIAN PASAR MALAM SERI KEMBANGAN OLEH MPSJ

Biro Pengduan Awam MCA Serdang telah menerima banyak aduan daripada penjaja-penjaja Pasar Malam Seri Kembangan bahawa mereka tidak berpuas hati dan marah ke atas cara pengurusan pemindahan penjaja. Selain itu, Biro Aduan Awam MCA Serdang juga mendapati bahawa terdapat golongan penjaja yang sekeluarga dihadkan kepada satu petak, pada hal sebelumnya mereka boleh mendapat lebih daripada satu petak tempat untuk menjual. Penjaja tidak membantah pemindahan ini akan tetapi berharap proses pengendalian ini dijalankan dengan lebih adil dan saksama.



Dari kiri : Liew Choo Long (Pengerusi Penjaja Sri Kembangan), Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang), Wong Jun Lik (Ahli Jawatankuasa Biro Pengaduan Awam MCA Serdang).


Merujuk kepada perkara tersebut Allan Liew Sin Kim mengambil prihatin terhadap kebajikan penjaja-penjaja dan menegaskan MPSJ supaya memberi perhatian dan mengambil tindakan segera dengan perkara-perkara tersebut dibawah : 
1. MPSJ sepatutnya mengadakan satu taklimat atau dialog dengan penjaja-penjaja sebelum program pemindahan dijalankan supaya penjaja-penjaja dapat menyuarakan suara hati mereka.
2. Memberikan keutamaan kepada penjaja pasar malam yang sedia ada dimana mereka telah berniaga disini selama lebih daripada 30tahun.
 3. Mengadakan cabutan undian petak gerai secara terbuka dan tulus demi mengurangkan kekeliruan.
4. Paparkan senarai nama penjaja yang Berjaya demi menunjukkan ketulusan dalam program ini.
5. Menangguhkan program pemindahan pasar malam selapas Tahun Baru Cina atas sebab risiko perniagaan penjaja dan stok musim Tahun Baru Cina yang sedia ada.

Jika MPSJ tidak mengambil tindakan terhadap perkara diatas, wakil-wakil dari Biro Pengaduan Awam MCA Serdang dan wakil-wakil dari penjaja pasar malam akan pergi ke pejabat MPSJ untuk membuat satu perjumpaan untuk perbincangan. Allan Liew juga berharap MPSJ dapat menjalankan Program Pemindahan ini dengan lebih bertanggungjawab, professional dan sistematik tanpa gangguan dan pengaruh dari parti politik dan menjaga kepentingan penjaja pasar malam.

Tambahan pula, terdapat campur tangan daripada ahli politik daripada Pakatan Rakyat semasa pengendalian pasar malam dijalankan dan telah menyebabkan salah faham dan kekeliruan antara MPSJ dan penjaja. Menurut Allan Liew, campur tangan daripada Pakatan Rakyat telah menyebabkan perkara yang mengelirukan dan juga telah mengakibatkan keganansan. Selain itu, MPSJ langsung tidak mendengar suara hati penjaja dan tidak mengikuti undang-undang.

“Menurut Ahli Jawantankuasa (AJK) Biro Pengaduan Awam MCA Serdang saya, Wong Jun Lik (umur 30) yang turun padang untuk meneliti keadaan pada masa itu telah dihalau keluar daripada dewan tersebut oleh seorang berbaju hitam dan seorang yang memakai jacket DAP dengan ganas sekali. Saya tidak bersetuju dengan budaya yang ganas seperti ini. Selain daripada itu, Jun Lik telah difitnah oleh YB Ean Yong Hian Wah membuat kacau pada masa tersebut. Biro Pengaduan Awam MCA Serdang menegaskan YB Ean Yong Hian Wah untuk memohon maaf kepada Jun Lik dalam masa 24jam ini kerana menfitnahnya. ” kata Allan Liew. Allan Liew juga berkata cabutan yang dijalankan adalah tidak adil kerana penjaja tidak diberi peluang untuk mengundi akan tetapi wakil dari MPSJ memberi nombor petak kepada penjaja. “Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa petak berniaga untuk penjaja telah diaturkan oleh pihak MPSJ pada awalnya ” tambah Allan Liew.

Menurut Pengerusi Penjaja Seri Kembangan, Liew Choo Long yang juga salah seorang peniaga di Pasar Malam tersebut, dia tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan pengendalian pemindahan ini kerana petak untuk dia menjual telah dikurangkan. Selain itu, Dia tidak setuju dengan MPSJ yang memberi peluang kepada penjaja baru untuk mencabut dan ini adalah tidak adil kepada penjaja yang telah menjual disana selama 30 tahun. “Saya amat tidak bersetuju dengan cara mereka mengendalikan pemindahan ini dan saya tidak diberi peluang untuk menyuarakan suara hati saya. Tambahan pula, saya difitnah membuat kacau apabila saya mengemukkan ketidak puas hati saya terhadap MPSJ. Selain itu, MPSJ juga menfitnah saya mengambil petak yang banyak dan tidak memberi peluang kepada penjaja yang lain ” katanya.



Wakil-wakil daripada Biro Pengaduan Awam MCA Serdang bersama-sama dengan Allan Liew dan Wong Jun Lik menunjukkan menyuarakan ketidakpuasa hati mereka.


Ahli Jawantankuasa (AJK) Biro Pengaduan Awam MCA Serdang, Wong Jun Lik amat kecewa dan marah dengan tindakan YB Ean Yong Hian Wah yang menfirnah dia pergi ke dewan menyamar sebagai penjaja dan membuat kacau. Dia juga berkata bahawa ini telah menjejaskan imejnya dan mengessa YB Ean Yong Hian Wah untuk meminta maaf kepadanya supaya mengembalikan maruahnya. Selain itu, dia juga telah membuat laporan kepada polis tentang keganasan yang telah dilakukan kepada dia demi keselamatan dia.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts