Tuesday, March 5, 2013

IBU TUNGGAL MENCARI ANAKNYA





En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro Pengaduan Awam MCA Selangor) telah menghadiri satu sidang akhbar di MCA Petaling Jaya Selatan. Yang turut hadir dalam sidang akhbar ini adalah Dato’ Theng Book (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Selangor) dan Dato C.K. Lim (Penasihat Undang-undang).



Sidang akhbar ini adalah berkaitan dengan satu kes dimana seorang ibu tunggal warganegara Thailand bernama Thitinan Thahan yang telah berpisah dengan suaminya (warganegara Malaysia) sedang mencari 2 orang ananknya. Seorang berumur 5 tahun (perempuan) dan seorang lagi berumur 3 tahun (lelaki) yang tidak dapat dijumpai selepas dia meminta pertolongan kakak iparnya (tinggal di Damansara) menjaga mereka semasa dia balik ke Thailand untuk membuat pengurusan. Mula-mula, Puan Thitinan mahu membawa anaknya untuk balik ke Thailand, malangnya, passport kedua-dua anaknya telah hilang.  

Apabila Puan Thitinan balik dari Thailand dan bertanya kepada kakak iparnya tentang anaknya pada , kakak iparnya berkata bahawa ibu mertua Puan Thitinan telah mengambil anaknya dan ibu mertuanya telah berpindah dan tidak dapat dicari juga. Selepas itu, Puan Thitinan mula berasa risau terhadap anaknya mungkin telah dijual dan berharap bahawa kakak iparnya atau mak mertuanya yang telah mengambil anaknya akan mengembalikan kepadanya. Laporan polis telah dibuat olehnya
Ulasan
1. Dato’ Theng Book berpendapat bahawa sesiapa daripada keluarga suaminya tidak mempunyai hak yang sah untuk mengambil anak-anak Puan Thitinan dan ini dan boleh didakwa atas perdagangan kanak-kanak.
2. Menerusi sidang akhbar Biro Pengaduan Awam MCA Selangor berharap bahawa sesiapa yang menjumpai anaknya, sila buat laporan polis ke balai yang berdekatan ataupun memberitahu Biro Pengaduan Awam MCA Selangor pada talian 03-7957 4211.
3.  En. Allan Liew akan menggunakan sosial media seperti Facebook dan Blogger untuk membantu dalam pencarian anak Puan Thitinan.

Menurut undang-undang di Malaysia, jikalau, ayah kepada anak tidak mahu menjaga anaknya, maka ibu kepada anak mempunyai hak yang sepenuhnya untuk menjaga mereka. 



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts