Monday, January 21, 2013

MASALAH SAMPAH-SARAP DI SERI CHERAS



Dari kanan ke-3 En. Allan Liew dengan pengadu-pengadu

En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) telah mengadakan satu sidang akhbar selepas menerima aduan daripada Puan Khoo yang bekerja di kilang yang berhampiran di Seri Cheras. Selain daripada menerima aduan tentang masalah sampah-sarap, En. Allan Liew juga menerima aduan bahawa semasa hujan, banjir lumpuh akan berlaku dan longkang di tempat situ telah tersumbat. Selain daripada masalah sampah-sarap dan banjir. En. Allan Liew mendapati bahawa terdapat sebanyak 4 buah kereta yang telah rosak , terbiar dan tidak dikendali dengan cara yang sesuai disitu.
Menurut Puan Khoo, dia telah menghadapi masalah ini selama 3 bulan lebih dan dia telahpun menbuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerusi e-aduan dan juga pergi ke pejabat MPKj. Akan tetapi, tiada sebarang tindakan dilaksanakan oleh MPKj. Tambahan pula, Puan Khoo juga telah banyak kali menghubungi ahli Majlis MPKj, Eddie Ng dan setiap kali gagal dihubungi.
En. Allan Liew berpendapat bahawa MPKj dan Wakil Rakyat Balakong, Y.B. Yap Lum Chin tidak bertanggungjawab dan langsung tidak mengambil perhatian dalam mengendalikan hal-hal sampah-sarap dan di kawasan Balakong, masalah sampah-sarap semakin serius. En. Allan Liew berharap bahawa Y.B. Yap Lum Chin akan turun padang dalam meneliti keadaan Balakong dan tidak memberi alasan dengan mengaitkan hal-hal ini dengan kerajaan sebelumnya. Tambahan pula, MPKj tidak menyediakan tempat yang sesuai untuk orang-orang membuang sampah.
Walaupun Kerajaan Selangor mengumumkan bahawa mereka telah menjimatkan wang yang banyak menerusi pertukaran Kontraktor daripada Alam Flora ke kontraktor yang lain dalam pengedalian sampah-sarap, akan tetapi ia adalah tidak berguna kerana wang yang dijimat telah menambahkan masalah pembuangan sampah-sarap dan membahayakan kesihatan orang-orang yang tinggal disana. Selain itu, En. Allan Liew juga berpendapat bahawa Kerajaan Selangor perlu melihat pada kriteria yang bersesuaian semasa mengupah kontraktor dalam pengendalikan sampah-sarap, bukan sahaja melihat dalam aspek harga sahaja.
Tambahan pula, perayaan Cina sudah dekat dan banyak warga-warga Cina yang meraikan Tahun Baru Cina akan membuang barangan yang besar seperti perabot. En. Allan Liew menggesa MPKj untuk menyediakan lorry untuk mengendalinya dalam musim perayaan ini.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts