Friday, January 18, 2013

“PROGRAM SEHARI BERSAMA PELANGGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013” DIANJURKAN OLEH TNB


En. Allan Liew menerima cenderamata daripada pegawai TNB. 

En. Allan Liew Sin Kim (Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) telah dijemput untuk menghadiri “Program Sehari Bersama Pelanggan Peringkat Kebangsaan 2013” yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sebelum ini, En. Allan Liew pernah menerima beberapa aduan bahawa pengadu mengadukan bahawa harga bil eletrik telah menaik dan terdapat pengadu yang mengadu bahawa mereka dikenakan penalty “power factor surcharge” apabila mereka menggunakan meter jangka 3 fasa.


En. Allan Liew sedang mendapatkan lebih maklumat tentang “power factor surcharge”

Pada hari ini, sekali gus En. Allan Liew ingin mendapatkan lebih maklum balas daripada TNB terhadap aduan-aduan tersebut.  Menurut pegawai dari TNB, jikalau pelanggan tidak memasang “Capacitor Bank” ditempat-tempat perniagaan ataupun di industry-industri, maka penalty terhadap “power factor surcharge” akan dikenakan dan “Capacitor Bank” harus dipasang oleh pelanggan TNB kerana ini merupakan tanggungjawab dua-hala. Tambahan pula, TNB juga berkata bahawa bukan semua kedai perniagaan dikena memasangkan “Capacitor Bank” dan TNB akan meneliti alat-alat yang digunakan oleh pelanggan TNB.  Jikalau pelanggan menggunakan peralatan bermotor, mesin dan lampu fluorescent, maka mereka perlu memasang “Capacitor Bank”.
Akan tetapi, En. Allan Liew berpendapat bahawa adalah tidak adil untuk pelanggan mengeluarkan kos pemasangan “Capacitor Bank” dan seharusnya dibayar oleh TNB sebagai satu sumbangan. Selain itu, En. Allan Liew berpendapat bahawa TNB mesti menjelaskan kepada pelanggan untuk mengelakkan sebarang salah faham.
Selain itu, En. Allan Liew mendapati bahawa mulai Februari 2013, TNB tidak akan mengeposkan bil pengganggaran akan tetapi setiap bulan akan mengadakan bacaan meter secare manual. Ini adalah keran terdapat banyak pelanggan yang tidak berpuas hati dengan cara TNB membuat anggaran pada pos. 
En. Allan Liew juga mengambil kesempatan pada hari ini untuk bersosial dengan pelanggan TNB




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts