DIMANKAH RM36JUTA

Allan Liew : Rakyat mempunyai hak untuk tahu tentang perbelanjaan naik taraf Jalan Utama ke Jalan Sehala. Jika Y.B. Ean Yong dan Y.B. Teo gagal membuat penjelasan, saya akan melaporkan kepada SPRM. ........(Baca seterusnya)

BANJIR KILAT DI SERDANG

Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) mengessa MPSJ supaya mendalamkan dan meluaskan Tasik Takungan Serdang secepat mungkin untuk mencegah kejadian banjir supaya penduduk setempat tidak mengalami kesusahan dan kerugian daripada kejadian banjir dan dia berpendapat bahawa Ean Yon Han Wah tidak memgambil berat terhadap mangsa-mangsa banjir.

RM36JUTA UNTUK PROJEK MANAIK TARAF JALAN UTAMA KEPADA JALAN SEHALA YANG TELAH TERGENDALA???

En. Allan Liew telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana Y.B. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang) dan Y.B. Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Kembangan) gagal memberi penjelasan kepada Rakyat dengan jelas dan terprinci tentang jumlah wang perbelanjaan RM36Juta berhubung dengan projek Jalan Utama kepada Jalan Sehala, Seri Kembangaan dalam 3hari yang diberi oleh En. Allan Liew. Sampai pada hari ini, projek ini ditangguhkan dan belum disiapkan......(Bace seterusnya)

SELANGOR YET TO REDUCE ITS ASSESSMENT FEE

SERDANG MCA has lashed out at DAP for putting up a banner urging residents of Taman Megah Flats Phase Two to register their details to receive a 25% reduction in assessment fee. Serdang MCA public complaints bureau chief Allan Liew Sin Kim was surprised that DAP would put up such a banner as in the general election in 2008, DAP’s manifesto was to reduce assessment fee by 25% immediately in Selangor.

INDIRECT WAY USE BY PAKATAN TO SAVE THEIR COST IN RUNNING SELANGOR STATE

MCA Selangor Public Services and Complaint Department is not satisfy with the way the Selangor State Government count the premium of title which they are not following the valuation from Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negari Selangor. The Chief Minister of Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hired private company to value the land.

Showing posts with label Activities. Show all posts
Showing posts with label Activities. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

PERLANCARAN BN SELANGOR ELECTION MACHINE

MCA Selangor telah melancarkan BN Selangor Election Machine. Pemimpin yang turut hadir adalah 1. Y.B. Dato Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Y.B. Dato’ Seri Ir. Mohd Zin B Mohamed ( Timbalan Pengarah Jentera PDM Selangor) dan Dato Tang See Hang yang telah berlansung di De Palma Hotel Shah Alam. En. Allan Liew telah turut hadir dalam  pelancaran BN Selangor Elction Machine ini. 




BN Selangor Election Machine




Thursday, March 14, 2013

MAJLIS PECAH TANAH SJK(C) BUKIT SERDANG




En. Allan Liew Sin Kim telah dijemput untuk ke majlis pecah tanah SJK(C) Bukit Serdang. Majlis ini bertujuan sebagai satu pembukaan rasmi pembinaan SJK(C) Bukit Serdang.

Masa: 9.00pagi hingga 11.30pagi
Tempat : Tapak Pembinaan SJK(C) Bukit Serdang

V.I.P yang Hadir
1. Dato Seri Dr. Chua Soi Lek (Presiden MCA)
2. Dato’ Liew Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang)
3. Dato’ Yap Pian Hon (Pegawai Penyelaras Parlimen Serdang)
4. Dato’ Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang)
5. Y.B. Dato’ Satin (ADUN Sri Serdang dan Ketua UMNO Puchong)
6. Y.B. Senator Chew Lee Giok (Ketua MCA Wanita Selangor)



Dato’ Liew juga mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa MPSJ bahagian perancang tidak menyokong pembinaan ini dan parti pembangkang juga mengambil isu ini sebagai salah satu isu politik. Walaupun pembinaan SJK(C) Bukit Serdang ditolak oleh MPSJ Bahagian Perancang Tanah, En. Allan Liew berharap Exco dari Pakatan Rakyat tidak mempergunakan pembinaan ini sebagai salah satu isu politik dan berharap pembinaan sekolah ini akan selesai dibina secepat mungkin. Tambahan pula MPSJ Bahagian Perancang Tanah tidak menyokong, Pembinaan SJK(C) Bukit Serdang tetap diteruskan demi masa depan anak-anak Malaysia yang akan belajar disana dan meringankan beban penduduk yang tinggal berdekatan disana untuk membawa anak-anak mereka ke sekolah. Sebarang risiko daripada pembinaan ini, MCA rela menanggung demi masa depan anak-anak Malaysia, 


Sunday, March 10, 2013

JAMUAN MAKAN MALAM BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG BARU BALAKONG

En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah dijemput untuk menghadiri majlis makan yang dianjurkan oleh En. Yap Yoon (Ketua Kampung Baru Balakong JKKP). Majlis ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Marilah kita bersama-sama mengikut falsafah 1Malaysia supaya Negara menjadi aman dan makmur demi generasi yang akan datang.





  

Tuesday, February 26, 2013

MAJLIS PENYERAHAN WANG BR1M 2.0 DI KAWASAN DUN BALAKONG YANG KE-3




En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah membantu dalam majlis penyerahan wang BR1M 2.0 di kawasan DUN Balakong yang ke-3. Kira-kira 2800 orang penerima, termasuk RM500 dan RM250. Terdapat juga penerima yang datang sepatutnya mengambil voucher semasa majlis penyerahan BR1M 2.0 di kawasan DUN Balakong yang pertama dan ke-2.
Butir-butiran dalam majlis ini adalah seperti berikut : -
Tempat: Rekreasi JKKK Bt.11 Cheras
Masa: 11.00a.m. – 5.00p.m.

En. Allan Liew mendapat aduan dalam masalah-masalah yang dihadapi oleh pemohon BR1M 2.0.
(a) Tempat penerima mengambil voucher BR1M 2.0 adalah tidak mengikuti DUN
(b) Penerima yang tinggal di DUN Balakong telah disuruh untuk mengambil voucher di Dusun Tua, Daerah Hulu Langat atau Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri 



Dari kiri Dato Hoh Hee Lee, Dari Kanan, Allan Liew Sin Kim



Monday, February 25, 2013

MAJLIS MAKAN TENGAH-HARI AHLI-AHLI PASUKAN PENCERAMAH POLITIK MCA SELANGOR DENGAN EXCO MCA SELANGOR




En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang ) telah dijemput untuk menghadiri majlis makan tengah-hari ahli-ahli pasukan Penceramah Politik MCA Selangor dengan EXCO MCA Selangor.

Tempat : - Restaurant Chef Rasa Sayang Kristal Sdn. Bhd. (Crystal Hotel Petaling Jaya)
Masa : - 12.00 tengah-hari hingga 1.40petang
Jumlah para hadirin : kira-kira 40orang
Y.B. Dato’ Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Dato’ Liew Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang), Y.B. Senator Chew Lee Giok (Ketua MCA Wanita Selangor) juga turut hadir.
Dalam majlis makan ini, sekali gus, En. Allan Liew bersama-sama dengan pasukan penceramah politik MCA Selangor dan juga EXCO MCA Selangor telah membuat persediaan dalam perjuangan kemenangan Barisan Nasional dalam PRU-13.

Saturday, February 23, 2013

PESTA ANGPOW WARGA MAS, RUKUN TETANGGA TAMAN MEGAH


En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) telah dijemput untuk menghadiri Pesta Angpow Warga Mas yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga Taman Megah di Gelanggang Bola Keranjang Taman Megah. Pesta ini berlangsung pada pukul 10.30pagi dan berakhir kira-kira pada 11.30pagi. Seramai 60 warga mas telah menerima Angpow dan juga cenderamata. Jumlah para hadirin adalah kira-kira 70orang.



Dato'  Yap Pian Hon (Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor), Dato ' Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang), En. Andy (Pegawai Pejabat dan Intergrasi Nasional Daerah Hulu Langat), Puan Herdiyana (Pegawai Penyelaras Integrasi Nasional Zon Balakong) juga turut hadir. En. Allan Liew juga mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi dengan orang-orang yang hadir. 




Wednesday, February 20, 2013

MAJLIS PENYERAHAN WANG BR1M 2.0 DI KAWASAN DUN BALAKONG YANG KE-2



Majlis penyerahan wang BR1M 2.0 di kawasan DUN Balakong yang ke-2 telah diadakan di Pusat Rekreasi JKKK Bt.11 Cheras pada pukul 11pagi hingga pukul 5petang. Penerima untuk RM500 adalah seramai kira-kira 1500 orang dan penerima untuk RM250 adalah seramai kira-kira 2178 orang. Terdapat juga penerima yang belum ambil voucher RM500 pada majlis penyeraha BR1M 2.0 yang pertama (Februari 6, 2013 dan Februari 7, 2013) pada lalu ada hadir untuk mengambil. En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) sekali lagi turun padang untuk menolong dan membantu dalam majlis ini.






Selain itu, En. Allan Liew telah mendapati bahawa tempat penerima mengambil voucher BR1M 2.0 adalah tidak mengikuti DUN dan tidak berdekatan dengan tempat tinggal mereka dan ini amat menyusahkan penerima. Terdapat penerima yang tinggal di DUN Balakong telah disuruh untuk mengambil di Dusun Tua, Daerah Hulu Langat. Tambahan pula, En. Allan Liew juga mendapati bahawa terdapat penerima yang tidak menerima surat walaupun nama terdapat dalam senarai nama yang patut mengambil pada hari ini dan terdapat kes-kes yang surat dihantar ke alamat yang salah. En. Allan Liew berpendapat bahawa kesilapan seperti ini akan membawa kesusahan dan menambahkan beban penerima.




Tuesday, February 19, 2013

MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2013, SERDANG


Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013, Serdang yang dianjurkan oleh MCA Bahagian Serdang bersama-sama dengan MCA Wanita dan MCA Pemuda bertempat di Restaurant Lek Lek, Seri Kembangan pada pukul 7.30malam dan berakhir pada kira-kira pukul 10.30malam. Seramai kira-kira 310orang yang telah hadir. Pengerusi penganjur majlis ini adalah Dato’ Liew Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang).



Y.B. Dato’ Seri Liow Tiong Lai (Timbalan Presiden MCA), Y.B. Dato’ Seri Chor Chee Heung (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Y.B. Dato’ Danald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Y.B. Senator Chew Lee Giok (Ketua MCA Wanita Selangor) juga turut hadir. En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah dijemput untuk menghadiri dalam majlis ini. 


Sempena majlis yang begitu meriah ini, Y.B. Dato’ Donald Lim telah memberi angpow kepada para hadirin. En. Allan Liew sekali gus telah mengambil kesempatan ini untuk menjalinkan hubungan antara satu sama lain.






Sunday, February 17, 2013

MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA (DONG ZONG)


Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) telah diadakan di Padang Bangunan Dong Jiao Zong Kajang. Seramai sekurang-kurangnya 5000 orang para hadirin dan wakil-wakil daripada Barisan Nasional telah hadir dalam majlis ini. Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia ke-6), Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Presiden MCA), Y.B. Datuk Seri Liow Tiong Lai (Timbalan President MCA) dan Y.B. Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong (Timbalan Menteri Pendidikan), Y.B. Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan) juga turut hadir dalam majlis ini supaya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka dengan rakyat.
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) juga menghadiri dalam majlis ini supaya dapat mengambil kesempatan yang baik ini untuk mengeratkan hubungannya dan berinteraksi dengan para hadirin. Dengan ini para hadirin dapat berkongsi masalah mereka dan pendapat mereka dengan En. Allan Liew. Persembahan yang menarik tradisi Cina seperti tarian singa juga diadakan dalam majlis yang meriah ini.
En. Allan Liew berpendapat bahawa dalam perayaan Cina ini, adalah amat bermakna kepada golongan warga Cina dan dia berasa amat bermakna kerana dapat menghadiri majlis Tahun Baru Cina seperti ini dan dapat bersama-sama dengan para hadirin untuk meraikan Tahun Baru Cina.








Sunday, February 10, 2013

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA MCA


- En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA yang berlangsung di Padang Sri Johor, Bandar Tun Razak. Sambutan yang begitu meriah dan besar ini telah mendapat sokongan dari rakyat dan ramai yang telah hadir. Tambahan pula, terdapat ramai ahli politik yang turut adil. Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia ke-6) , Y.B. Tan Sri Muhyiddin Yasin (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (President MCA), Y.B. Datuk Seri Ng Yen Yen, Y.B. datuk Seri Liow Tiong Lai, Y.B. Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai, Datuk Seri G. Palanivel dan ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin yang lain. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Samy Vellu juga hadir. Ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin yang hadir telah menambahkan kemeriahan dan mesra rakyat. Selain itu, bukan saja rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum yang hadir , akan tetapi pelancong asing juga turut hadir.
En. Allan Liew mengambil kesempatan ini untuk bertemu dan berinteraksi dengan orang ramai daripada pelbagai kaum dan juga orang dari luar Negara. Pelancaran Bas Kestabilan Rakyat juga diadakan pada hari tersebut.




En. Allan Liew (tengah)  bersama dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (kanan) dan Y.B. Datuk Ir, Donald Lim Siang Chai (kiri)



Dari kanan En. Allan Liew , Y.B. Datuk Seri Kong Cho Ha








 Pelancaran Bas Kestabilan Rakyat

Saturday, February 9, 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA


Salam 1Malaysia,


Kita ingin mengambil kesempatan dalam perayaan yang amat penting ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga Malaysia yang meraikan Tahun Baru Cina. Semoga Tahun Ular ini akan membawa Kejayaan, Kesejahteraan, Kedamaian,  Kemakmuran dan Kesihatan yang Baik kepada semua rakyat Malaysia.

Kita berasa amat bersyukur kerana kita mempunyai peluang ini untuk menyambutkan Tahun Baru Cina ini bersama-sama dengan anda  di Negara ini yang berbagai-bagai Kaum. Kita berjanji bahawa kita akan meneruskan usaha kita dalam berkhidmat untuk anda semua demi mencapai pembangunan dan kegemilangan negara maju kita, Malaysia dan untuk generasi ke generasi.

Bagi Tahun Ular ini, kita akan menepati janji kita untuk meneruskan usaha dalam mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain dalam Malaysia yang merupakan teras utama untuk mencapai negara yang maju, aman, damai dan berpendapatan tinggi serta negara yang berpelbagai kaum dengan mengikuti Falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Selamat Tahun Baru Cina !  Gong Xi Fa Cai ! Happy Chinese New Year ! 

Tuesday, February 5, 2013

TINJAUAN MESRA RAKYAT RUMAH KE RUMAH DAN KAWASAN BALAKONG


En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan MCA Serdang) telah mengadakan tinjauan mesra rumah ke rumah di sekitar Balakong serta di kawasan Balakong pada Februari 2, 2013 hingga Februari 3, 2013 dan Februari 5, 2013. Kawasan yang En. Allan Liew melawat adalah Batu 11, Kampung Baharu Balakong dan Taman Megah. Hamper Tahun Baru Cina diberikan kepada orang ramai. Ahli-ahli MCA dari Serdang turut serta dalam program tinjauan mesra ini.
Dalam lawatan ini selain daripada dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat, penduduk setempat juga boleh berkongsi masalah dengan En. Allan Liew. Program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai. Dalam 3 hari, sejumlah 1000 hampers telah habis diedarakan. Segala pandangan rakyat terhadap keadaan tempat tinggla mereka dan peratusan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) dapat diperhatikan oleh En. Allan Liew menerusi program ini. 


Walaupun hari hujan akan tetapi mereka tidak berputus asa untuk menunggalkan program ini. Tinjauan mesra rumah ke rumah di kawasan Balakong


Dari kiri, En. Allan Liew Sin Kim ; Dari Kanan Dato Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang)







Monday, February 4, 2013

MAJLIS MAKAN JENTERA PDM DARI DUN BALAKONG BERSAMA RAKYAT



Satu majlis makan dan mesra rakyat oleh Jentera PDM  Balakong bersama-sama dengan badan NGO dan pengundi telah diadakan di Restaurant Habour City, Impian Ehsan. Majlis makan ini bermula pada pukul 8.00malam dan berakhir pada kira-kira 10.30malam dan En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan Awam MCA Serdang ) merupakan salah satu ahli yang menganjur majlis makan ini. Majlis ini memdapat sambutan yang baik dan seramai kira-kira 160orang telah hadir dalam majlis makan malam ini. Dato Liew Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang), Dato’ Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang), Dato Tang See Hang juga turut hadir. Majlis makan malam ini sekali gus dapat mengerakkan hubungan antara satu sama lain dan juga sebagai salah-satu manifesto MCA Serdang.



En. Allan Liew telah memberi ucapan dan kata alu-aluan. Selain itu, dia juga memperkenalkan kesemua 15 daerah mengundi yang terdapat di Balakong supaya orang ramai lebih faham terhadap daerah mengundi. Tambahan pula, En. Allan Liew juga memberi ceramah tentang isu-isu semasa yang berlaku dan ADUN Balakong dan MP Serdang tidak menepati janji-janji mereka dan jarang turun padang untuk meneliti masalah rakyat. Dato Liew Yuen Keong, Dato’ Hoh Hee Lee Dato Tang See Hang dan En. Fong Lam Sang turut memberi ceramah dan kata-kata aluan kepada para hadirin. Majlis berakhir dengan memberi hamper-hamper Tahun Baru Cina kepada para hadirin. 




Popular Posts