Monday, February 4, 2013

MAJLIS MAKAN JENTERA PDM DARI DUN BALAKONG BERSAMA RAKYAT



Satu majlis makan dan mesra rakyat oleh Jentera PDM  Balakong bersama-sama dengan badan NGO dan pengundi telah diadakan di Restaurant Habour City, Impian Ehsan. Majlis makan ini bermula pada pukul 8.00malam dan berakhir pada kira-kira 10.30malam dan En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan Awam MCA Serdang ) merupakan salah satu ahli yang menganjur majlis makan ini. Majlis ini memdapat sambutan yang baik dan seramai kira-kira 160orang telah hadir dalam majlis makan malam ini. Dato Liew Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang), Dato’ Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang), Dato Tang See Hang juga turut hadir. Majlis makan malam ini sekali gus dapat mengerakkan hubungan antara satu sama lain dan juga sebagai salah-satu manifesto MCA Serdang.



En. Allan Liew telah memberi ucapan dan kata alu-aluan. Selain itu, dia juga memperkenalkan kesemua 15 daerah mengundi yang terdapat di Balakong supaya orang ramai lebih faham terhadap daerah mengundi. Tambahan pula, En. Allan Liew juga memberi ceramah tentang isu-isu semasa yang berlaku dan ADUN Balakong dan MP Serdang tidak menepati janji-janji mereka dan jarang turun padang untuk meneliti masalah rakyat. Dato Liew Yuen Keong, Dato’ Hoh Hee Lee Dato Tang See Hang dan En. Fong Lam Sang turut memberi ceramah dan kata-kata aluan kepada para hadirin. Majlis berakhir dengan memberi hamper-hamper Tahun Baru Cina kepada para hadirin. 




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts