Thursday, February 7, 2013

MAJLIS PENYERAHAN WANG BR1M 2.0 DUN BALAKONG


Majlis penyerahan wang BR1M 2.0 di kawasan DUN Balakong telah berlangsung selama 2 hari itu pada hari Februari 6, 2013 dan Februari 7, 2013 bertempat di Pusat Rekreasi JKKK BT.11 Cheras. Penyerahan wang BR1M bermula pada pukul 11pagi dan berakhir pada pukul 5petang dalam 2 hari berturut-turut. Seramai 3626orang yang akan terima wang BR1M 2.0. Beberapa kaunter telah diaturkan iaitu kaunter semakan, kaunter memberi cop untuk mengambil baucher RM500 dan kaunter mengisi dan mendapatkan surat akuan. Baucher RM500 yang diterima boleh ditukar kepada wang di Bank Simpanan Nasional yang berdekatan. Selain itu, keistimewaan telah diberi kepada orang kurang upaya, warga mas, dan wanita yang hamil untuk mengurangkan beban mereka.  



En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan Awam MCA Serdang ) telah turut serta dalam aktiviti ini. En. Allan Liew telah pergi ke setiap kaunter untuk memberi bantuan supaya dapat meringankan beban orang yang sedang berkhidmat dan sekali gus, En. Allan Liew ingin berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih dengan orang ramai supaya boleh mendapat maklumbalas daripada mereka supaya sebarang kekurangan dapat dipertingakatkan pada masa yang akan datang. En. Allan Liew juga mendapati bahawa sesetangah penerima BR1M 2.0 tidak mendapat surat akan tetapi nama terdapat dalam di senarai nama tersebut. Selain itu, terdapat juga golongan warga Cina, yang tidak menerima dalam kumpulan pertama ini tidak beberapa puas hati, kerana mereka berharap mereka boleh mendapatkan wang untuk meraikan Tahun Baru Cina. Walaubagaimanpun, mereka juga meluahkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi bantuan wang ini.




Selain itu, pada hari ini, minuman dan makanan telah disediakan untuk orang ramai dan juga kepada pekerja-pekerja dibank.  Tambahan pula, juga terdapat pameran tentang dadah yang membahaya pada hari tersebut untuk mewujudkan lebih kesedaran oleh orang ramai terhadap dadah yang membawa maut.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts