Friday, February 1, 2013

TERIMA KASIH TERHADAP JASA BAIK TNB



dari kanan ke-2, Dato’ Hoh Hee Lee, Allan Liew Sin Kim, Yap Yoon bersama-sama dengan penduduk Kampung Baharu Balakong dan wartawan.


Februari 1, 2013 – En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah menghadiri satu sidang akhbar berkaitan dengan pembaiki jalanraya di Kampung Baharu Balakong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). En. Yap Yoon (Ketua Kampung Baharu Balakong) telah meluahkan terima kasih terhadap TNB kerana telah membaiki dan mencantikkan jalanraya di Kampung Baharu Balakong dan telah menepati janji-janji mereka selepas memasang kabel-kabel bawah tanah. Akan tetapi beliau berharap TNB juga akan membaiki jalanraya di Jalan KP 2/15, kira-kira 900m. Dato Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang) juga berharap TNB akan membaiki jalan tersebut dan pada masa kini, sekurang-kurangnya meratakan jalanraya tersebut.



En. Allan Liew yang sedang menunjukkan contoh meter yang terletak didalam yang tidak dapat dilihat oleh pegawai TNB jika pintu ditutp




En. Allan Liew juga berterima kasih terhadap jasa baik TNB kerana sudi mencantikkan dan membaiki jalanraya di Kampung Baharu Balakong dan menepati janji mereka. Tambahan pula, En. Allan Liew telah mengambil kesempatan pada hari ini untuk memberitahu kepada orang ramai iaitu mulai bulan Februari 2013, TNB tidak akan menghantar bil anggaran kepada pelangganya. Ini adalah kerana TNB ingin mengurangkan salah faham antara pelanggan terhadap TNB selepas TNB menerima banyak aduan tentang rasa tidak puas hati pelanggan terhadap cara ini. Akan tetapi terdapat meter yang terletak didalam rumah dan pelanggan tersebut tidak berada dirumah semasa pegawai TNB sampai untuk menulis bil, maka bil anggaran akan dihantar kepada pelanggan kerana mereka tidak dapat membaca meter tersebut. Selain itu, En. Allan Liew juga menyeru orang ramai, jika mereka masih menerima bil anggaran mulai Februari 2013, sila hubungi dia di talian 012-3392989.
Selain itu, pada masa kini, TNB telah membaiki dan mempertingkatkan perkhidmatan mereka , seperti menyelesaikan segala aduan yang dibuat oleh pelanggan mereka dengan secepat mungkin.



En. Allan Liew sedang menujukkan jalan yang berlubang dan kabel telah terkeluar




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts