Y.B. Datuk Wira Wan
Ahmad bin Wan Omar sedang memberi taklimat
Taklimat Suruhanjaya Pilihanraya yang dianjurkan
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di
Wisma MCA telah diadakan pada hari ini pada jam 10.00pagi dan berakhir pada jam
12.30tengah-hari. En. Allan Liew Sin Kim (Biro
Aduan Awam MCA Serdang ) telah dijemput untuk
menghadiri taklimat ini. Ahli-ahli dari MCA Serdang dan MCA daripada bahagian
yang lain di seluruh Malaysia juga turut hadir. Lebih kurang 400 ahli MCA telah
hadir untuk mendengar taklimat ini. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (President
MCA) dan Y.B.
Datuk Ir Dr.Wee Ka Siong (Timbalan Menteri
Pendidikan), juga turut hadir.
Sebelum taklimat diberikan oleh
Y.B. Datuk Wira Ahmad bin Wan Omar (Timbalan
Pengerusi SPR), pegawai SPR telah memberi taklimat tentang cara-cara pilihanraya
dan memberi contoh-contoh mengendalikan kes yang mungkin akan berlaku .
Tujuannya adalah untuk menambahkan kefahaman para hadirin dan lakonan juga
turut dibuat oleh pegawai SPR.
Antara contoh kes adalah seperti berikut : -
Perkara
: -
|
(a)
|
Cara
mengendalikan pengundi biasa
|
|
(b)
|
Cara
mengendalikan pengundi Orang Kurang-upaya (OKU)
|
|
(c)
|
Cara mengendalikan pengundi yang tidak
tersenarai dalam pendaftaran undi
|
|
(d)
|
Cara
mengendalikan pengundi yang tidak membawa document seperti kad pengenalan
|
|
(e)
|
Cara
mengendalikan pengundi yang telah mempunyai “mark-ink” pada 4 jari
|
|
(f)
|
Cara
mengendalikan pengundi yang enggan menunjukkan jari-jari mereka
|
Semasa taklimat SPR yang diberikan
oleh Y.B. Datuk Wira Wan Ahmad bin Wan Omar, beliau memberi taklimat tentang
aliran pilihanraya dan peraturan-peraturan pilihanraya. Tambahan pula, beliau
juga menjelasakan perkara-perkara baru dalam PRU-13. Antara perkara yang baru
adalah seperi berikut :-
Perkara
: -
|
(a)
|
Penggunaan
dakwat kekal
|
|
(b)
|
Pengundian
pos diganti dengan Undi Awal
|
|
(c)
|
OKU
dibenarkan membawa orang yang dipercayai untuk membantu dalam proses
pengundian
|
|
(d)
|
Pemansuhan
proses bantahan
|
|
(e)
|
Larangan
menarik balik pencalonan pada hari penamaan
|
|
(f)
|
Memberi
kemudahan mengundi secara pos kepada petugas media dan petuga SPR
|
|
(g)
|
Memberikan
kemudahan mengundi secara pos kepada warganegara Malaysia diluar Negara
|
|
(h)
|
Memanjangkan
tempoh kempen kepada tidak kurang daripada 10hari
|
|
(i)
|
Memberikan
akses media yang bebas dan saksama kepada calon yang bertanding
|
Selain itu, beliau juga mengambil
kesempatan ini untuk membuat penjelasan yang dituntut oleh orang ramai semasa “Bersih”
dan sebuah buku tentang penjelasan telah diberi oleh para hadirin untuk
mengelakkan sebarang salah faham terhadap SPR dalam ketulusan pilihanraya.
Tambahan pula, beliau juga telah menyuruh para hadirin supaya tidak dikelirukan
oleh khabar angin tentang ketidaktulusan SPR dalam pilihanraya yang dibuat oleh
mana-mana parti politik yang menggunakannya sebagai salah satu manifesto mereka
dan sebarang pertanyaan yang lanjut, sila hubungi SPR dan mereka sedia membantu.
En. Allan Liew berpendapat bahawa
taklimat ini telah memberi lebih pengalaman dan kefahaman tentang proses PRU-13
dan ini amat membantu ahli-ahli parti politik untuk menjalankan kempen tanpa melanggar
undung-undang pilihanraya. Tambahan pula, En. Allan Liew berpendapat bahawa
semasa ceramah yang akan datang dan dibuat oleh calon-calon yang bertanding,
mereka boleh memberi penjelasan yang lebih baik kepada pengundi yang masih
berkeliru tentang proses PRU dan juga mereka yang salah faham terhadap
ketulusan PRU.
0 comments:
Post a Comment