Saturday, February 9, 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA


Salam 1Malaysia,


Kita ingin mengambil kesempatan dalam perayaan yang amat penting ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga Malaysia yang meraikan Tahun Baru Cina. Semoga Tahun Ular ini akan membawa Kejayaan, Kesejahteraan, Kedamaian,  Kemakmuran dan Kesihatan yang Baik kepada semua rakyat Malaysia.

Kita berasa amat bersyukur kerana kita mempunyai peluang ini untuk menyambutkan Tahun Baru Cina ini bersama-sama dengan anda  di Negara ini yang berbagai-bagai Kaum. Kita berjanji bahawa kita akan meneruskan usaha kita dalam berkhidmat untuk anda semua demi mencapai pembangunan dan kegemilangan negara maju kita, Malaysia dan untuk generasi ke generasi.

Bagi Tahun Ular ini, kita akan menepati janji kita untuk meneruskan usaha dalam mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain dalam Malaysia yang merupakan teras utama untuk mencapai negara yang maju, aman, damai dan berpendapatan tinggi serta negara yang berpelbagai kaum dengan mengikuti Falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Selamat Tahun Baru Cina !  Gong Xi Fa Cai ! Happy Chinese New Year ! 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts