DIMANKAH RM36JUTA

Allan Liew : Rakyat mempunyai hak untuk tahu tentang perbelanjaan naik taraf Jalan Utama ke Jalan Sehala. Jika Y.B. Ean Yong dan Y.B. Teo gagal membuat penjelasan, saya akan melaporkan kepada SPRM. ........(Baca seterusnya)

BANJIR KILAT DI SERDANG

Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) mengessa MPSJ supaya mendalamkan dan meluaskan Tasik Takungan Serdang secepat mungkin untuk mencegah kejadian banjir supaya penduduk setempat tidak mengalami kesusahan dan kerugian daripada kejadian banjir dan dia berpendapat bahawa Ean Yon Han Wah tidak memgambil berat terhadap mangsa-mangsa banjir.

RM36JUTA UNTUK PROJEK MANAIK TARAF JALAN UTAMA KEPADA JALAN SEHALA YANG TELAH TERGENDALA???

En. Allan Liew telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana Y.B. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang) dan Y.B. Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Kembangan) gagal memberi penjelasan kepada Rakyat dengan jelas dan terprinci tentang jumlah wang perbelanjaan RM36Juta berhubung dengan projek Jalan Utama kepada Jalan Sehala, Seri Kembangaan dalam 3hari yang diberi oleh En. Allan Liew. Sampai pada hari ini, projek ini ditangguhkan dan belum disiapkan......(Bace seterusnya)

SELANGOR YET TO REDUCE ITS ASSESSMENT FEE

SERDANG MCA has lashed out at DAP for putting up a banner urging residents of Taman Megah Flats Phase Two to register their details to receive a 25% reduction in assessment fee. Serdang MCA public complaints bureau chief Allan Liew Sin Kim was surprised that DAP would put up such a banner as in the general election in 2008, DAP’s manifesto was to reduce assessment fee by 25% immediately in Selangor.

INDIRECT WAY USE BY PAKATAN TO SAVE THEIR COST IN RUNNING SELANGOR STATE

MCA Selangor Public Services and Complaint Department is not satisfy with the way the Selangor State Government count the premium of title which they are not following the valuation from Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negari Selangor. The Chief Minister of Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hired private company to value the land.

Wednesday, April 3, 2013

RM36JUTA UNTUK PROJEK MANAIK TARAF JALAN UTAMA KEPADA JALAN SEHALA YANG TELAH TERGENDALA???





APRIL 02, 2013 - En. Allan Liew telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana Y.B. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang) dan Y.B. Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Kembangan) gagal memberi penjelasan kepada Rakyat dengan jelas dan terprinci tentang jumlah wang perbelanjaan RM36Juta berhubung dengan projek Jalan Utama kepada Jalan Sehala, Seri Kembangaan dalam 3hari yang diberi oleh En. Allan Liew. Sampai pada hari ini, projek ini ditangguhkan dan belum disiapkan.





Tambahan pula, apabila En. Allan Liew menggesa Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong untuk memberi penjelasan kepada perbelanjaan RM36Juta, Y.B. Teo hanya mengumumkan tentang peruntukkannya (Tahun 2012) dan Y.B. Ean Yong lansung tidak memberi sebarang jawapan. Mereka telah menggelakkan diri daripada memberi jawapan kepada soalan yang dikemukan. “Dimanakah prinsip C.A.T. mereka?” kata En. Allan Liew.  

Selain itu, Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong telah tergesa-gesa dan membuat keputusan diri sendiri untuk menjalankan projek ini dan langsung tidak mengadakan sesi dialog bersama dengan penduduk untuk berbincang dan membentang tentang cadangan dan program projek ini.

Terdapat banyak penduduk setempat dan peniaga amat tidak berpuas hati dengan projek ini kerana hingga kini belum disiapkan dalam jangka masa yang dijanjikan oleh Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong. Tambahan pula, projek yang tertangguh ini telah menjejaskan perniagaan disitu dan lalu lintas adalah tidak lancar dan menyusahkan orang ramai. Disebabkan oleh penangguhan dan kesilapan dalam perancangan projek ini, Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong perlu bertanggungjawab dan memberi ganti rugi kepada perniaga disitu.

En. Allan Liew juga menggesa Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong untuk meminta maaf kepada orang ramai atas kesilapan mereka dalam membuat perancangan dengan tidak betul dalam melaksanakan projek ini. En. Allan Liew juga berkata bahawa dia mungkin akan mengambil tindakan makhamah ke atas Kerajaan Negeri Selangor untuk menuntut pampasan ke atas kerugian perniaga disitu.  
Video semasa Sidang Akhbar oleh Antara Pos

DIMANAKAN RM36JUTA????




MAC 29, 2013 - En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah mengadakan satu sidang akhbar tentang projek jalan sehala di Jalan Besar Seri Kembangaan. Projek ini bermula pada 23.12.2011 dan dijangka untuk selesai pada bulan MAC 2013 , akan tetapi sampai pada hari ini, projek ini belum selesai. Apabila ditanya, Y.B. Ean Yong Hian Wah, hanya menyalahkan kerajaan pusat bahawa birokrasi adalah punca lewat projek ini. Tambahan pula, Y.B. Ean Yong langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman tentang kerja bina jalanraya dan tidak merancang dengan sempurna. Y.B. Ean Yong telah mengesa-gesa menjalankan projek ini dan apabila masalah timbul, dia menyalahkan TNB, Syabas dan JKR yang melengah-lengahkan adalah punca projek ini dilengahkan. Ini telah menyusahkan orang ramai dan pengguna jalan disitu termasuk perniagaan disitu juga terjejas. Tambahan pula, Y.B. Ean Yong tidak mengadakan Sesi Dialog untuk berbincang dengan penduduk tempatan tentang projek ini.


Allan Liew : Rakyat mempunyai hak untuk tahu tentang perbelanjaan naik taraf Jalan Utama ke Jalan Sehala. Jika Y.B. Ean Yong dan Y.B. Teo gagal membuat penjelasan, saya akan melaporkan kepada SPRM. 

Menurut En. Allan Liew, kerja mengalihkan tiang lampu, paip bawah tanah dan kabel sepatutnya dilaksanakan sebelum memulakan sebarang kerja pembinaan dijalanraya. Selain itu, Y.B. Ean Yong sepatutunya mengadakan satu mesyuarat dengan agensi yang bertanggungjawab dalam projek menaiki taraf ini untuk membincang dengan teliti setiap fasa yang perlu dilakukan. Selain itu, tiada tanda-tanda untuk memaklumkan Pembinaan ini kepada pengguna jalanraya dan itu amat membahayakan dan terdapat pemandu yang membuat pusingan-U sesuka hati.

Y.B. Ean Yong juga tidak mengadakan sebarang sesi dialog tentang project ini dengan orang ramai yang juga merupakan gayanya yang langsung tidak mengambil perhatian dan mendengar suara rakyat. Menurut En. Allan Liew, RM36Juta telah digunakan untuk menaiki taraf jalaraya dalam projek ini dan En. Allan Liew menggesa Y.B. Teo Nie Ching dan Y.B. Ean Yong untuk membuat penjelasan tentang perbelanjaan RM36Juta dalam 3 hari. Jika Y.B. Ean Yong gagal memberi penjelasan , En. Allan Liew akan melaporkan kepada SPRM. 

Sunday, March 17, 2013

PERLANCARAN BN SELANGOR ELECTION MACHINE

MCA Selangor telah melancarkan BN Selangor Election Machine. Pemimpin yang turut hadir adalah 1. Y.B. Dato Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Y.B. Dato’ Seri Ir. Mohd Zin B Mohamed ( Timbalan Pengarah Jentera PDM Selangor) dan Dato Tang See Hang yang telah berlansung di De Palma Hotel Shah Alam. En. Allan Liew telah turut hadir dalam  pelancaran BN Selangor Elction Machine ini. 




BN Selangor Election Machine




Thursday, March 14, 2013

MAJLIS PECAH TANAH SJK(C) BUKIT SERDANG




En. Allan Liew Sin Kim telah dijemput untuk ke majlis pecah tanah SJK(C) Bukit Serdang. Majlis ini bertujuan sebagai satu pembukaan rasmi pembinaan SJK(C) Bukit Serdang.

Masa: 9.00pagi hingga 11.30pagi
Tempat : Tapak Pembinaan SJK(C) Bukit Serdang

V.I.P yang Hadir
1. Dato Seri Dr. Chua Soi Lek (Presiden MCA)
2. Dato’ Liew Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang)
3. Dato’ Yap Pian Hon (Pegawai Penyelaras Parlimen Serdang)
4. Dato’ Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang)
5. Y.B. Dato’ Satin (ADUN Sri Serdang dan Ketua UMNO Puchong)
6. Y.B. Senator Chew Lee Giok (Ketua MCA Wanita Selangor)



Dato’ Liew juga mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa MPSJ bahagian perancang tidak menyokong pembinaan ini dan parti pembangkang juga mengambil isu ini sebagai salah satu isu politik. Walaupun pembinaan SJK(C) Bukit Serdang ditolak oleh MPSJ Bahagian Perancang Tanah, En. Allan Liew berharap Exco dari Pakatan Rakyat tidak mempergunakan pembinaan ini sebagai salah satu isu politik dan berharap pembinaan sekolah ini akan selesai dibina secepat mungkin. Tambahan pula MPSJ Bahagian Perancang Tanah tidak menyokong, Pembinaan SJK(C) Bukit Serdang tetap diteruskan demi masa depan anak-anak Malaysia yang akan belajar disana dan meringankan beban penduduk yang tinggal berdekatan disana untuk membawa anak-anak mereka ke sekolah. Sebarang risiko daripada pembinaan ini, MCA rela menanggung demi masa depan anak-anak Malaysia, 


Sunday, March 10, 2013

JAMUAN MAKAN MALAM BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG BARU BALAKONG

En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah dijemput untuk menghadiri majlis makan yang dianjurkan oleh En. Yap Yoon (Ketua Kampung Baru Balakong JKKP). Majlis ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Marilah kita bersama-sama mengikut falsafah 1Malaysia supaya Negara menjadi aman dan makmur demi generasi yang akan datang.





  

Tuesday, March 5, 2013

IBU TUNGGAL MENCARI ANAKNYA





En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro Pengaduan Awam MCA Selangor) telah menghadiri satu sidang akhbar di MCA Petaling Jaya Selatan. Yang turut hadir dalam sidang akhbar ini adalah Dato’ Theng Book (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Selangor) dan Dato C.K. Lim (Penasihat Undang-undang).



Sidang akhbar ini adalah berkaitan dengan satu kes dimana seorang ibu tunggal warganegara Thailand bernama Thitinan Thahan yang telah berpisah dengan suaminya (warganegara Malaysia) sedang mencari 2 orang ananknya. Seorang berumur 5 tahun (perempuan) dan seorang lagi berumur 3 tahun (lelaki) yang tidak dapat dijumpai selepas dia meminta pertolongan kakak iparnya (tinggal di Damansara) menjaga mereka semasa dia balik ke Thailand untuk membuat pengurusan. Mula-mula, Puan Thitinan mahu membawa anaknya untuk balik ke Thailand, malangnya, passport kedua-dua anaknya telah hilang.  

Apabila Puan Thitinan balik dari Thailand dan bertanya kepada kakak iparnya tentang anaknya pada , kakak iparnya berkata bahawa ibu mertua Puan Thitinan telah mengambil anaknya dan ibu mertuanya telah berpindah dan tidak dapat dicari juga. Selepas itu, Puan Thitinan mula berasa risau terhadap anaknya mungkin telah dijual dan berharap bahawa kakak iparnya atau mak mertuanya yang telah mengambil anaknya akan mengembalikan kepadanya. Laporan polis telah dibuat olehnya
Ulasan
1. Dato’ Theng Book berpendapat bahawa sesiapa daripada keluarga suaminya tidak mempunyai hak yang sah untuk mengambil anak-anak Puan Thitinan dan ini dan boleh didakwa atas perdagangan kanak-kanak.
2. Menerusi sidang akhbar Biro Pengaduan Awam MCA Selangor berharap bahawa sesiapa yang menjumpai anaknya, sila buat laporan polis ke balai yang berdekatan ataupun memberitahu Biro Pengaduan Awam MCA Selangor pada talian 03-7957 4211.
3.  En. Allan Liew akan menggunakan sosial media seperti Facebook dan Blogger untuk membantu dalam pencarian anak Puan Thitinan.

Menurut undang-undang di Malaysia, jikalau, ayah kepada anak tidak mahu menjaga anaknya, maka ibu kepada anak mempunyai hak yang sepenuhnya untuk menjaga mereka. 



Popular Posts