Wednesday, February 20, 2013

MAJLIS PENYERAHAN WANG BR1M 2.0 DI KAWASAN DUN BALAKONG YANG KE-2



Majlis penyerahan wang BR1M 2.0 di kawasan DUN Balakong yang ke-2 telah diadakan di Pusat Rekreasi JKKK Bt.11 Cheras pada pukul 11pagi hingga pukul 5petang. Penerima untuk RM500 adalah seramai kira-kira 1500 orang dan penerima untuk RM250 adalah seramai kira-kira 2178 orang. Terdapat juga penerima yang belum ambil voucher RM500 pada majlis penyeraha BR1M 2.0 yang pertama (Februari 6, 2013 dan Februari 7, 2013) pada lalu ada hadir untuk mengambil. En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) sekali lagi turun padang untuk menolong dan membantu dalam majlis ini.






Selain itu, En. Allan Liew telah mendapati bahawa tempat penerima mengambil voucher BR1M 2.0 adalah tidak mengikuti DUN dan tidak berdekatan dengan tempat tinggal mereka dan ini amat menyusahkan penerima. Terdapat penerima yang tinggal di DUN Balakong telah disuruh untuk mengambil di Dusun Tua, Daerah Hulu Langat. Tambahan pula, En. Allan Liew juga mendapati bahawa terdapat penerima yang tidak menerima surat walaupun nama terdapat dalam senarai nama yang patut mengambil pada hari ini dan terdapat kes-kes yang surat dihantar ke alamat yang salah. En. Allan Liew berpendapat bahawa kesilapan seperti ini akan membawa kesusahan dan menambahkan beban penerima.




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts