En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro
Pengaduan Awam MCA Selangor & Ketua PDM Perimbun) telah menghadiri satu
sidang akbhar tentang dua orang ( seorang perempuag, seorang lelaki) yang
ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai Timbalan Pengarah Penguatkuasa
Imigresen dan seorang rakan kongsinya. Menurut kepada dua orang mangsa ditipu,
lelaki yang menyamar sebagai Timbalan Pengarah Penguatkuasa Imigresen bernama
Ken dan rakan kongsinya bernama Kelvin.
En Thong (mangsa penipuan), dia
mengenali Ken semasa program 6P dilancarkan dan Ken berkata kepada dia bahawa
dia boleh menolong En. Thong untuk mendapatkan permit kerja untuk pekerja asing
dengan syarat bahawa En. Thong dikenakan bayaran RM500 untuk seorang pemohon.
Malangnya, selepas beberapa bulan dia membayar wang berjumlah sebanyak RM70k
lebih kepada Ken, dia langsung tidak mendapat sebarang permit yang diluluskan
dan ini menyebabkan dia ingin menukarkan ejen yang lain untuk buat dan menyuruh
Ken untuk memulangkan wang yang dibayar olehnya. Akan tetapi, Ken tidak
memulangkan wang dan cek yang diberi kepada En. Thong adalah tidak sah. Ken dan
Kelvin juga berkata bahawa wang telah diberi kepada seorang bernama Raja, akan
tetapi kedua-dua mangsa ini tidak pernah membuat sebarang perjumpaan atau
menghubungi Raja.
En. Thong juga berkata bahawa, dia
pernah pergi ke Jabatan Imigresen di Putrajaya dan berjumpa dengan Ken ada
memakai jacket imigresen dan mempunyai kad pengenalan sebagai pihak imigresen
dan oleh sebab itu, dia mempercayai bahawa Ken adalah pihak Imigresen.
Dari
kiri depan : Cik Low, En. Thong, Dato’ Theng Book (Pengerusi Biro Pengaduan
Awam MCA Selangor) , Dato’ C.K. Lim (Penasihat Perundangan Biro Pengaduan Awam
MCA Selangor) ; Dari kiri belakang : Kelvin Chong (Timbalan Pengerusi I Biro
Pengaduan Awam MCA Selangor), Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi II Biro
Pengaduan Awam MCA Selangor)
Selain En. Thong, seorang mangsa
yang lain iaitu Cik Low juga menhadapi masalah yang sama dengan Ken. Dia telah
membuat bayaran sebanyak RM96k lebih kepada Ken dan Ken hanya memulangkan RM18k
kepadanya. Menurut Cik Low, dia mengenali Ken dan berasa amat kecewa apabila
ditipu oleh Ken. Cik Low juga telah membuat satu laporan polis terhadap kes ini
dan kedua-dua mereka kena membuat tanggungan terhadap wang yang ditipu dan
mencari ejen lain untuk memohon permit. Kedua-dua orang telah ditipu oleh Ken
sebanyak RM200K. Kedua-dua mangsa juga berkata bahawa satu aduan telah dibuat
di laman web imigresen akan tetapi tiada sebarang maklum balas daripada pihak
imigresen.
Biro Pengaduan Awam MCA Selangor
ada membuat satu perjumpaan dengan Ken dan Kelvin akan tetapi hanya Kelvin yang
datang dan dia tidak pasti apa yang sedang berlaku. Dato Theng Book (Pengerusi Biro Pengaduan
Awam MCA Selangor) berharap bahawa jika terdapat sesiapa yang juga menghadapi
kes yang sama seperti ini, sila datang ke Biro Pengaduan Awam MCA Selangor atau
menelefon untuk membuat aduan kerana dia percaya bahawa kemungkinan ada orang
lain yang juga menghadapi masalah seperti ini dan berharap polis akan membuat
siasatan terhadap kes ini.
En. Allan Liew berharap dan
menyuruh orang ramai tidak mudah mempercayai dan memberi wang yang berjumlah
banyak kepada orang yang tidak dikenali atau kurang pasti dengan latar
belakangnya. Tambahan pula, dia juga menyuruh orang ramai untuk berhati-hati
walaupun orang mengenalkan diri mereka adalah pihak dari mana-mana
penguatkuasaan kerana mempunyai kes-kes orang menyamar sebagai pihak
penguatkuasa dan menipu. Selain itu, dia juga berkata bahawa orang ramai
dikehendaki menyiasat dengan betul dengan jabatan penguatkuasa masing-masing
jika terdapat orang dari mana-mana yang menperkenalkan diri mereka sebagai
pihak penguatkuasa dalam urusan rasmi. En. Allan Liew berharap bahawa polis
akan membuat siasatan dengan secepat mungkin supaya tidak ada mangsa yang lain
ditipu.
0 comments:
Post a Comment