Allan Liew sedang meneliti keadaan En. Yap dan berasa sangat susah hati melihatnya dalam keadaan sebegini.
Satu lawatan yang dibuat oleh En Allan Liew Sin Kim
(Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) ke Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk melihat keadaan En. Yap Choon Fatt
yang ditemui di Damai Perdana Cheras pada Disember 26, 2012 tanpa sebarang
dokumen pengenalan dirinya dan turut hadir Dato' Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang). Keadaan En Yap adalah separuh sedar kerana menurut
doctor, terdapat kebekuan darah di otak En. Yap.
En. Allan Liew juga mengambil
kesempatan ini sekali lagi membuat satu sidang akhbar supaya menyiarkan berita
ini untuk mendapat perhatian daripada keluarga atau sesiapa yang mengenali En.
Yap supaya dapat menghubunginya secepat mungkin. En. Allan Liew berasa sangat
susah hati melihat keadaan kesihatan En. Yap sekarang dan terlantar di hospital
yang tiada rumah dan keluarga. Selain itu, jika tiada keluarga atau kawan-kawan
En. Yap menghubungi En Allan Liew, dia akan merujukkan kes ini kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).
Selain itu, En Allan Liew juga
mengambil kesempatan dalam sidang akhbar ini untuk menasihatkan orang ramai
supaya menjaga ahli keluarga mereka yang telah berusia dengan baik-baik untuk
mengelakkan kes-kes seperti ini terjadi.
En. Allan Liew juga akan
mengedarkan dan menampal poster-poster dan notice-notice tentang En Yap di
kawasan Serdang dan Balakong. Pada masa kini En. Yap berada di
Wad 5E, Katil 16 dengan nama Yap Chong Hock.
0 comments:
Post a Comment