Saturday, January 19, 2013

SAMBUTAN DEWA TUA PEK KONG YANG KE-4



Dari kanan ke-2 Allan Liew, Dato' Hoh Hee Lee, Dato' Liew Yuen Keong dengan ahli-ahli dari MCA Serdang dan para hadirin
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) menghadiri sambutan Dewa Tua Pek Kong yang dianjurkan oleh Persatuan Penganut Dewa Tua Pek Kong yang ke-4 bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Taman Megah. Dalam sambutan yang meriah ini seramai 1500 lebih orang telah hadir dan meja makan adalah melebihi 120 meja. En. Allan Liew juga telah dijemput untuk naik pentas dalam acara cabutan bertuah.


Menurut En. Allan Liew, majlis ini adalah peluang yang baik untuk bersama-sama dengan rakyat dan sekali gus mendapatkan maklumbalas dari para hadirin terhadap isu-isu semasa yang mereka hadapi dan pendapat-pendapat mereka. Ini adalah amat penting untuk mempertingkatkan lagi hubungan antara ahli-ahli dari Barisan Nasional dengan rakyat menjelang pilihan raya (PRU-13) dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. En. Allan Liew juga berpendapat bahawa agama adalah sangat penting untuk kehidupan harian kerana mental dan ajaran yang sihat adalah salah satu aspek yang penting untuk pembangunan diri dan juga Negara.
Selain menyembahyang Dewa Tua Pek Kong, terdapat juga persembahan-persembahan yang dipersembahkan oleh orang dari pelbagai kaum dan umur dan aktiviti memberi derma kepada Rumah Victory, Persatuan Buddhist Shun Hui dan S.R.J.K.(C) Batu 9 Cheras.  Dalam sambutan ini juga telah menunjukkan keamanan dan perpaduan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts