Thursday, January 10, 2013

PENGGUNA UNIFI TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KHIDMAT YANG DIBERI OLEH TMNET



Dari kiri Kelvin Chong (Timbalan Pengerusi I Biro Pengaduan Awam MCA Selangor), Chan Wen Seng, Dato’ Theng Book (Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor), Dato’ C.K. Lim (Penasihat Perundangan Biro Pengaduan Awam MCA Selangor), Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi II Biro Pengaduan Awam MCA Selangor & Ketua PDM Perimbun)


En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro Pengaduan Awam MCA Selangor & Ketua PDM Perimbun) telah menghadiri satu sidang akbhar tentang En. Chan Wen Seng mengadu tidak berpuas hatian dia dengan khidmat yang diberi oleh TM Net. 

Pada July 2011, En. Chan telah mendaftar satu pakej Internet (VIP 5, RM149 sebulan) tetapi dengan dukacitanya, dia tidak dapat menikmati perkhidmatan Internet yang dibayar olehnya. Walaupun dia telah membuat aduan kepada TM Net dan juga National Consumer Complaint Centre, akan tetapi, perkhimatan Internet masih tergendala. Menurut En. Chan, dia enggan membayar bil internet (RM1004.25) kerana berasa tidak adil untuknya membayarkan perkhimatan yang langsung tidak digunakan olehnya dan TM Net telah mengupah sebuah syarikat pemungut hutangnya berjumlah RM1317.00. Hal ini telah menambahkan ketidakpuashatiannya kerana, TM Net telah berjanji kepadanya untuk member rebate RM500, akan tetapi wang yang perlu dibayar telah meningkat.
            Selain itu, dia juga berkata bahawa juruteknik yang datang dari TM Net untuk membaiki modem Internetnya meminta wang sebanyak RM20 dan RM30 untuk datang membaiki Internet sebagai pembayaran untuk masa tambahan kerja mereka dan TM Net tidak pernah merekod aduannya.
En. Allan Liew berpandangan bahawa TM Net sepatutnya perlu menyelesaikan masalah En. Chong secepat mungkin sebelum menggenakan bayaran. Selain daripada itu, En. Allan Liew juga berharap TM Net untuk meningkatkan perkhidmatan mereka dan patut memberi perkhimatan kepada pelanggan sebaik mungkin kerana ini adalah tidak adil untuk mengenakan bayar kepada pelanggan dan tidak memberi sebarang perkhimatan kepada perlanggan.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts