Wednesday, December 12, 2012

LAWATAN KE RUMAH PENGADU YANG DI TIPU OLEH 3 ORANG YANG TIDAK DIKENALI



Dari Kiri : Yap Yoon (Penghulu Balakong), Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang), Lai Sam Tai, Ho Chin Yeen, Dato Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang)


Satu lawatan ke rumah Lai Sam Thai yang berumur 79 tahun oleh Dato Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang), En. Allan Liew (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) dan En Yap Yoon (Penghulu Balakong) untuk meneliti dan mengambil berat terhadap keadaan dia yang ditipu oleh 3 orang yang tidak dikenali (seorang perempuan dan 2 orang lelaki).

Semasa pengadu ini berada dirumah 07/12/2012 lebih kurang Jam1300, telah didatang 3 orang yang tidak dikenali menanya dia tentang penerimaan BR1M (RM500) dan juga berkata dengan dia bahawa RM300 akan dibayar kepada dia dulu di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Balakong dan mereka membawa pengadu ini ke suatu tempat yang berdekatan dengan Pusat Service Toyota Kampung Baru Balakong dan memaksa pengadu menyerahkan barangan yang berharga (satu cincin dan sepasang anting). Selepas itu, pengadu ditinggalkan ditempat berhampiran dengan Jusco Selatan.



Selain itu, tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan satu sidang akhbar supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak ditipu oleh penipuan seperti ini dan sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada badan kerajaan, MCA atau Penghulu. En. Allan Liew juga berharap bahawa orang ramai dapat mengambil berat terhadap kes seperti ini supaya tidak akan berlaku kepada orang lain.

Menurut Dato Hoh, wakil dari MCA , wakil dari penghulu atau dari mana-mana badan kerajaan tidak akan pergi ke rumah dan tiba-tiba membawa sesiapa ke tempat lain untuk urusan rasmi. Selain itu, beliau juga menegaskaa bahawa jika sesiapa yang juga menhadapi masalah penipuan seperti ini, sila buat satu laporan polis supaya pihak berkuasa boleh membuat siasatan untuk mencegah kes-kes penipuan daripada berlaku. Beliau juga berkata urusan rasmi dari kerajaan adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang caj perkhimatan dan biasanya dibuat di pejabat tanpa sebarang agent. Yap Yoon juga turut bersimpati terhadap pengadu ini yang telah ditipu kerana dia adalah seorang warga mas. Beliau juga berkata bahawa jikalau BR1M ditolak, mereka boleh datang ke MCA atau kepada dia untuk bersama-sama membuat rayuan.

Yap Yoon juga turut simpati terhadap pengadu ini yang telah ditipu kerana dia adalah seorang warga mas. Beliau juga berkata bahawa jikalau BR1M ditolak, mereka boleh datang ke MCA atau kepada dia untuk bersama-sama membuat rayuan.

Tambahan pula, En. Allan Liew juga memberitahu bahawa walaupun tahun lepas terdapat golongan yang berjaya mendapatkan wang dari BR1M akan tetapi, pegawai akan meneliti semula golongan tersebut mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts