Wednesday, April 3, 2013
RM36JUTA UNTUK PROJEK MANAIK TARAF JALAN UTAMA KEPADA JALAN SEHALA YANG TELAH TERGENDALA???
APRIL 02, 2013 - En. Allan Liew telah melaporkan kepada
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana Y.B. Teo Nie Ching (Ahli
Parlimen Serdang) dan Y.B. Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Kembangan) gagal
memberi penjelasan kepada Rakyat dengan jelas dan terprinci tentang jumlah wang
perbelanjaan RM36Juta berhubung dengan projek Jalan Utama kepada Jalan Sehala,
Seri Kembangaan dalam 3hari yang diberi oleh En. Allan Liew. Sampai pada hari
ini, projek ini ditangguhkan dan belum disiapkan.
Tambahan pula, apabila En. Allan Liew menggesa
Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong untuk memberi penjelasan kepada perbelanjaan RM36Juta,
Y.B. Teo hanya mengumumkan tentang peruntukkannya (Tahun 2012) dan Y.B. Ean
Yong lansung tidak memberi sebarang jawapan. Mereka telah menggelakkan diri
daripada memberi jawapan kepada soalan yang dikemukan. “Dimanakah prinsip C.A.T.
mereka?” kata En. Allan Liew.
Selain itu, Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong telah tergesa-gesa
dan membuat keputusan diri sendiri untuk menjalankan projek ini dan langsung
tidak mengadakan sesi dialog bersama dengan penduduk untuk berbincang dan
membentang tentang cadangan dan program projek ini.
Terdapat banyak penduduk setempat dan peniaga amat
tidak berpuas hati dengan projek ini kerana hingga kini belum disiapkan dalam
jangka masa yang dijanjikan oleh Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong. Tambahan pula,
projek yang tertangguh ini telah menjejaskan perniagaan disitu dan lalu lintas
adalah tidak lancar dan menyusahkan orang ramai. Disebabkan oleh penangguhan
dan kesilapan dalam perancangan projek ini, Y.B. Teo dan Y.B. Ean Yong perlu
bertanggungjawab dan memberi ganti rugi kepada perniaga disitu.
En. Allan Liew juga menggesa Y.B. Teo dan Y.B.
Ean Yong untuk meminta maaf kepada orang ramai atas kesilapan mereka dalam membuat
perancangan dengan tidak betul dalam melaksanakan projek ini. En. Allan Liew
juga berkata bahawa dia mungkin akan mengambil tindakan makhamah ke atas
Kerajaan Negeri Selangor untuk menuntut pampasan ke atas kerugian perniaga
disitu.
DIMANAKAN RM36JUTA????
MAC 29, 2013 - En. Allan Liew Sin Kim (Biro Aduan
Awam MCA Serdang) telah mengadakan satu sidang akhbar tentang projek jalan
sehala di Jalan Besar Seri Kembangaan. Projek ini bermula pada 23.12.2011 dan
dijangka untuk selesai pada bulan MAC 2013 , akan tetapi sampai pada hari ini,
projek ini belum selesai. Apabila ditanya, Y.B. Ean Yong Hian Wah, hanya
menyalahkan kerajaan pusat bahawa birokrasi adalah punca lewat projek ini.
Tambahan pula, Y.B. Ean Yong langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman
tentang kerja bina jalanraya dan tidak merancang dengan sempurna. Y.B. Ean Yong
telah mengesa-gesa menjalankan projek ini dan apabila masalah timbul, dia menyalahkan
TNB, Syabas dan JKR yang melengah-lengahkan adalah punca projek ini
dilengahkan. Ini telah menyusahkan orang ramai dan pengguna jalan disitu
termasuk perniagaan disitu juga terjejas. Tambahan pula, Y.B. Ean Yong tidak
mengadakan Sesi Dialog untuk berbincang dengan penduduk tempatan tentang projek
ini.
Allan Liew : Rakyat mempunyai hak untuk tahu tentang perbelanjaan naik taraf Jalan Utama ke Jalan Sehala. Jika Y.B. Ean Yong dan Y.B. Teo gagal membuat penjelasan, saya akan melaporkan kepada SPRM.
Menurut En. Allan Liew, kerja
mengalihkan tiang lampu, paip bawah tanah dan kabel sepatutnya dilaksanakan
sebelum memulakan sebarang kerja pembinaan dijalanraya. Selain itu, Y.B. Ean
Yong sepatutunya mengadakan satu mesyuarat dengan agensi yang bertanggungjawab
dalam projek menaiki taraf ini untuk membincang dengan teliti setiap fasa yang
perlu dilakukan. Selain itu, tiada tanda-tanda untuk memaklumkan Pembinaan ini
kepada pengguna jalanraya dan itu amat membahayakan dan terdapat pemandu yang
membuat pusingan-U sesuka hati.
Y.B. Ean Yong juga tidak mengadakan
sebarang sesi dialog tentang project ini dengan orang ramai yang juga merupakan
gayanya yang langsung tidak mengambil perhatian dan mendengar suara rakyat.
Menurut En. Allan Liew, RM36Juta telah digunakan untuk menaiki taraf jalaraya
dalam projek ini dan En. Allan Liew menggesa Y.B. Teo Nie Ching dan Y.B. Ean
Yong untuk membuat penjelasan tentang perbelanjaan RM36Juta dalam 3 hari. Jika
Y.B. Ean Yong gagal memberi penjelasan , En. Allan Liew akan melaporkan kepada
SPRM.
Sunday, March 17, 2013
PERLANCARAN BN SELANGOR ELECTION MACHINE
MCA Selangor telah melancarkan BN Selangor Election Machine. Pemimpin yang turut hadir adalah 1. Y.B. Dato Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri
Kewangan), Y.B. Dato’
Seri Ir. Mohd Zin B Mohamed ( Timbalan Pengarah Jentera PDM Selangor) dan Dato Tang See Hang yang telah berlansung di De Palma Hotel Shah Alam. En. Allan Liew telah turut hadir dalam pelancaran BN Selangor Elction Machine ini.
BN Selangor Election Machine
BN Selangor Election Machine
Thursday, March 14, 2013
MAJLIS PECAH TANAH SJK(C) BUKIT SERDANG
En. Allan Liew
Sin Kim telah dijemput
untuk ke majlis pecah tanah SJK(C) Bukit Serdang. Majlis ini bertujuan sebagai
satu pembukaan rasmi pembinaan SJK(C) Bukit Serdang.
Masa: 9.00pagi
hingga 11.30pagi
Tempat : Tapak
Pembinaan SJK(C) Bukit Serdang
V.I.P yang Hadir
1. Dato Seri Dr.
Chua Soi Lek (Presiden MCA)
2. Dato’ Liew
Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang)
3. Dato’ Yap
Pian Hon (Pegawai Penyelaras Parlimen Serdang)
4. Dato’ Hoh Hee
Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang)
5. Y.B. Dato’
Satin (ADUN Sri Serdang dan Ketua UMNO Puchong)
Dato’
Liew juga mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa MPSJ bahagian
perancang tidak menyokong pembinaan ini dan parti pembangkang juga mengambil
isu ini sebagai salah satu isu politik. Walaupun pembinaan SJK(C) Bukit Serdang ditolak oleh MPSJ Bahagian Perancang
Tanah, En. Allan Liew berharap Exco dari Pakatan Rakyat tidak mempergunakan pembinaan ini
sebagai salah satu isu politik dan berharap pembinaan sekolah ini akan
selesai dibina secepat mungkin. Tambahan pula MPSJ Bahagian Perancang Tanah tidak menyokong, Pembinaan SJK(C) Bukit Serdang tetap diteruskan demi masa depan anak-anak Malaysia yang akan belajar disana dan meringankan beban penduduk yang tinggal berdekatan disana untuk membawa anak-anak mereka ke sekolah. Sebarang risiko daripada pembinaan ini, MCA rela menanggung demi masa depan anak-anak Malaysia,
Sunday, March 10, 2013
JAMUAN MAKAN MALAM BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG BARU BALAKONG
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah dijemput untuk menghadiri majlis makan yang dianjurkan oleh En.
Yap Yoon (Ketua Kampung Baru Balakong JKKP). Majlis ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara satu
sama lain. Marilah kita bersama-sama mengikut falsafah 1Malaysia supaya Negara menjadi aman dan makmur demi generasi yang akan datang.
Tuesday, March 5, 2013
IBU TUNGGAL MENCARI ANAKNYA
En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro
Pengaduan Awam MCA Selangor) telah menghadiri satu sidang akhbar di MCA Petaling Jaya Selatan.
Yang turut hadir dalam sidang akhbar ini adalah Dato’ Theng Book (Ketua Biro
Pengaduan Awam MCA Selangor) dan Dato C.K. Lim (Penasihat Undang-undang).
Sidang akhbar ini adalah berkaitan
dengan satu kes dimana seorang ibu tunggal warganegara Thailand bernama
Thitinan Thahan yang telah berpisah dengan suaminya (warganegara Malaysia)
sedang mencari 2 orang ananknya. Seorang berumur 5 tahun (perempuan) dan
seorang lagi berumur 3 tahun (lelaki) yang tidak dapat dijumpai selepas dia
meminta pertolongan kakak iparnya (tinggal di Damansara) menjaga mereka semasa dia balik ke Thailand
untuk membuat pengurusan. Mula-mula, Puan
Thitinan mahu membawa anaknya untuk balik ke Thailand, malangnya, passport
kedua-dua anaknya telah hilang.
Apabila Puan Thitinan balik dari
Thailand dan bertanya kepada kakak iparnya tentang anaknya pada , kakak iparnya
berkata bahawa ibu mertua Puan Thitinan telah mengambil anaknya dan ibu mertuanya
telah berpindah dan tidak dapat dicari juga. Selepas itu, Puan Thitinan mula
berasa risau terhadap anaknya mungkin telah dijual dan berharap bahawa kakak
iparnya atau mak mertuanya yang telah mengambil anaknya akan mengembalikan
kepadanya. Laporan polis telah dibuat olehnya
Ulasan
1. Dato’ Theng Book berpendapat bahawa sesiapa
daripada keluarga suaminya tidak mempunyai hak yang sah untuk mengambil
anak-anak Puan Thitinan dan ini dan boleh didakwa atas perdagangan kanak-kanak.
2. Menerusi sidang akhbar Biro Pengaduan Awam MCA
Selangor berharap bahawa sesiapa yang menjumpai anaknya, sila buat laporan
polis ke balai yang berdekatan ataupun memberitahu Biro Pengaduan Awam MCA
Selangor pada talian 03-7957 4211.
3. En. Allan
Liew akan menggunakan sosial media seperti Facebook dan Blogger untuk membantu
dalam pencarian anak Puan Thitinan.
Menurut undang-undang di Malaysia, jikalau, ayah kepada anak tidak mahu menjaga anaknya, maka ibu kepada anak mempunyai hak yang sepenuhnya untuk menjaga mereka.
Monday, March 4, 2013
SIASATAN SYABAS TERHADAP MASALAH KEBOCORAN AIR DI JALAN 2/15 KAMPUNG BARU BALAKONG
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan
Awam MCA Serdang) dan En. Yap Yoon ( Ketua Kampung Baru Balakong, JKKP) telah menghubungi Syabas untuk menyiasat
masalah kebocoran di Jalan 2/15 Kampung Baru Balakong dan menyebabkan air
keluar. Penduduk telah membuat aduan kira-kira sebulan lepas. Menurut pihak
Syabas, selepas siasatan, air yang mengalir keluar tidak mengandungi klorin dan
ini menunjukkan air yang mengalir keluar adalah tidak berkaitan dengan Syabas
dan masih tidak tahu sebab utama yang mengakibatkan masalah ini. Sebelum ini,
pihak Syabas telah datang dan menbaiki untuk 2kali, tetapi selepas pembaikan,
masalah tidak diselesaikan.
1. Selepas siasatan pada hari ini, En. Allan
Liew dan En. Yap Yoon telah memahami bahawa masalah kebocoran ini adalah tidak
berkaitan dengan Syabas dan berharap bahawa pihak Syabas dapat memberi satu
surat untuk menyatakan bahawa masalah air mengalir keluar dari bawah jalan
adalah tidak berkaitan dengan mana-mana pihak dari Syabas.
2. En. Allan Liew dan En. Yap Yoon akan melaporkan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan berharap pihak dari MPKj akan mengambil prihatin dalam meneliti masalah ini dan menyelesaikan masalah ini.
3. En. Allan Liew berpendapat bahawa, MPKj dan Syabas perlu membuat satu perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
4. En. Allan Liew dan En. Yap Yoon berpendapat bahawa air yang mengalir keluar ke jalanraya akan menyebabkan jalanraya menjadi licin dan adalah amat berbahaya terhadap pengguna jalanraya.
Tuesday, February 26, 2013
MAJLIS PENYERAHAN WANG BR1M 2.0 DI KAWASAN DUN BALAKONG YANG KE-3
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah
membantu dalam majlis penyerahan wang BR1M 2.0 di kawasan DUN Balakong yang
ke-3. Kira-kira 2800 orang penerima, termasuk RM500 dan RM250. Terdapat juga
penerima yang datang sepatutnya mengambil voucher semasa majlis penyerahan BR1M
2.0 di kawasan DUN Balakong yang pertama dan ke-2.
Butir-butiran dalam majlis ini adalah seperti
berikut : -
Tempat: Rekreasi JKKK Bt.11 Cheras
Masa: 11.00a.m. – 5.00p.m.
En. Allan Liew mendapat aduan dalam masalah-masalah
yang dihadapi oleh pemohon BR1M 2.0.
(a) Tempat penerima mengambil voucher BR1M 2.0
adalah tidak mengikuti DUN
(b) Penerima yang
tinggal di DUN Balakong telah disuruh untuk mengambil voucher di Dusun Tua,
Daerah Hulu Langat atau Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri
Dari kiri Dato Hoh Hee Lee, Dari Kanan, Allan Liew Sin Kim
Monday, February 25, 2013
MAJLIS MAKAN TENGAH-HARI AHLI-AHLI PASUKAN PENCERAMAH POLITIK MCA SELANGOR DENGAN EXCO MCA SELANGOR
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang ) telah
dijemput untuk menghadiri majlis makan tengah-hari ahli-ahli pasukan Penceramah Politik MCA Selangor dengan EXCO MCA Selangor.
Tempat
: - Restaurant Chef Rasa Sayang Kristal Sdn. Bhd. (Crystal Hotel Petaling Jaya)
Masa
: - 12.00 tengah-hari hingga 1.40petang
Jumlah
para hadirin : kira-kira 40orang
Y.B. Dato’ Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Dato’ Liew
Yuen Keong (Pengerusi MCA Serdang),
Y.B. Senator Chew Lee Giok (Ketua MCA
Wanita Selangor) juga turut hadir.
Dalam majlis makan ini, sekali gus, En. Allan Liew
bersama-sama dengan pasukan penceramah politik MCA Selangor dan juga EXCO MCA
Selangor telah membuat persediaan dalam perjuangan kemenangan Barisan Nasional
dalam PRU-13.
Saturday, February 23, 2013
PESTA ANGPOW WARGA MAS, RUKUN TETANGGA TAMAN MEGAH
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang)
telah dijemput untuk menghadiri Pesta Angpow Warga Mas yang dianjurkan oleh
Rukun Tetangga Taman Megah di Gelanggang Bola Keranjang Taman Megah. Pesta ini
berlangsung pada pukul 10.30pagi dan berakhir kira-kira pada 11.30pagi. Seramai
60 warga mas telah menerima Angpow dan juga cenderamata. Jumlah para hadirin
adalah kira-kira 70orang.
Dato' Yap Pian Hon (Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor), Dato ' Hoh Hee Lee (Timbalan Pengerusi MCA Serdang), En.
Andy (Pegawai Pejabat dan Intergrasi
Nasional Daerah Hulu Langat), Puan Herdiyana (Pegawai Penyelaras Integrasi Nasional Zon Balakong) juga turut
hadir. En. Allan Liew juga mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi dengan
orang-orang yang hadir.
Wednesday, February 20, 2013
MAJLIS PENYERAHAN WANG BR1M 2.0 DI KAWASAN DUN BALAKONG YANG KE-2
Majlis penyerahan wang BR1M 2.0 di kawasan DUN
Balakong yang ke-2 telah diadakan di Pusat Rekreasi JKKK Bt.11 Cheras pada
pukul 11pagi hingga pukul 5petang. Penerima untuk RM500 adalah seramai
kira-kira 1500 orang dan penerima untuk RM250 adalah seramai kira-kira 2178
orang. Terdapat juga penerima yang belum ambil voucher RM500 pada majlis
penyeraha BR1M 2.0 yang pertama (Februari 6, 2013 dan Februari 7, 2013) pada
lalu ada hadir untuk mengambil. En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) sekali
lagi turun padang untuk menolong dan membantu dalam majlis ini.
Selain itu, En. Allan Liew telah
mendapati bahawa tempat penerima mengambil voucher BR1M 2.0 adalah tidak
mengikuti DUN dan tidak berdekatan dengan tempat tinggal mereka dan ini amat
menyusahkan penerima. Terdapat penerima yang tinggal di DUN Balakong telah
disuruh untuk mengambil di Dusun Tua, Daerah Hulu Langat. Tambahan pula, En.
Allan Liew juga mendapati bahawa terdapat penerima yang tidak menerima surat
walaupun nama terdapat dalam senarai nama yang patut mengambil pada hari ini
dan terdapat kes-kes yang surat dihantar ke alamat yang salah. En. Allan Liew
berpendapat bahawa kesilapan seperti ini akan membawa kesusahan dan menambahkan beban penerima.
Tuesday, February 19, 2013
MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2013, SERDANG
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013, Serdang
yang dianjurkan oleh MCA Bahagian Serdang bersama-sama
dengan MCA Wanita dan MCA Pemuda bertempat di Restaurant
Lek Lek, Seri Kembangan pada pukul 7.30malam dan berakhir pada kira-kira pukul
10.30malam. Seramai kira-kira 310orang yang telah hadir. Pengerusi penganjur
majlis ini adalah Dato’ Liew Yuen Keong (Pengerusi
MCA Serdang).
Y.B. Dato’ Seri Liow Tiong Lai (Timbalan Presiden MCA), Y.B. Dato’ Seri
Chor Chee Heung (Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan), Y.B. Dato’ Danald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Y.B. Senator Chew Lee Giok (Ketua MCA Wanita Selangor) juga turut
hadir. En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro
Aduan Awam MCA Serdang) telah dijemput untuk
menghadiri dalam majlis ini.
Sempena majlis yang begitu meriah
ini, Y.B. Dato’ Donald Lim telah memberi angpow kepada para hadirin. En. Allan
Liew sekali gus telah mengambil kesempatan ini untuk menjalinkan hubungan antara satu sama lain.
Sunday, February 17, 2013
MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA (DONG ZONG)
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan
oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong)
telah diadakan di Padang Bangunan Dong Jiao Zong Kajang. Seramai
sekurang-kurangnya 5000 orang para hadirin dan wakil-wakil daripada Barisan
Nasional telah hadir dalam majlis ini. Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia ke-6), Datuk
Seri Dr. Chua Soi Lek (Presiden MCA),
Y.B. Datuk Seri Liow Tiong Lai (Timbalan
President MCA) dan Y.B. Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong (Timbalan Menteri Pendidikan), Y.B. Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan
Menteri Kewangan) juga turut hadir dalam majlis ini supaya dapat mengeratkan
lagi hubungan mereka dengan rakyat.
En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) juga menghadiri dalam majlis ini supaya dapat mengambil
kesempatan yang baik ini untuk mengeratkan hubungannya dan berinteraksi dengan
para hadirin. Dengan ini para hadirin dapat berkongsi masalah mereka dan
pendapat mereka dengan En. Allan Liew. Persembahan yang menarik tradisi Cina
seperti tarian singa juga diadakan dalam majlis yang meriah ini.
En. Allan Liew berpendapat bahawa
dalam perayaan Cina ini, adalah amat bermakna kepada golongan warga Cina dan dia
berasa amat bermakna kerana dapat menghadiri majlis Tahun Baru Cina seperti ini
dan dapat bersama-sama dengan para hadirin untuk meraikan Tahun Baru Cina.
Sunday, February 10, 2013
RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA MCA
- En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) telah
menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina
MCA yang berlangsung di Padang Sri
Johor, Bandar Tun Razak. Sambutan yang begitu meriah dan besar ini telah
mendapat sokongan dari rakyat dan ramai yang telah hadir. Tambahan pula,
terdapat ramai ahli politik yang turut adil. Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia ke-6) , Y.B.
Tan Sri Muhyiddin Yasin (Timbalan Perdana
Menteri), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (President
MCA), Y.B. Datuk Seri Ng Yen Yen, Y.B. datuk Seri Liow Tiong Lai, Y.B.
Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai, Datuk Seri G.
Palanivel dan ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin yang lain. Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad dan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Samy
Vellu juga hadir. Ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin yang hadir telah
menambahkan kemeriahan dan mesra rakyat. Selain itu, bukan saja rakyat Malaysia
yang terdiri dari pelbagai kaum yang hadir , akan tetapi pelancong asing juga
turut hadir.
En. Allan Liew mengambil kesempatan
ini untuk bertemu dan berinteraksi dengan orang ramai daripada pelbagai kaum
dan juga orang dari luar Negara. Pelancaran Bas Kestabilan Rakyat juga diadakan
pada hari tersebut.
En. Allan Liew
(tengah) bersama dengan Datuk Seri Dr.
Chua Soi Lek (kanan) dan Y.B. Datuk Ir, Donald Lim Siang Chai (kiri)
Dari kanan En.
Allan Liew , Y.B. Datuk Seri Kong Cho Ha
Pelancaran Bas Kestabilan Rakyat
Saturday, February 9, 2013
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
Salam 1Malaysia,
Kita ingin
mengambil kesempatan dalam perayaan yang amat penting ini untuk mengucapkan
Selamat Tahun Baru Cina kepada warga Malaysia yang meraikan Tahun Baru Cina.
Semoga Tahun Ular ini akan membawa Kejayaan, Kesejahteraan, Kedamaian, Kemakmuran dan Kesihatan yang Baik kepada
semua rakyat Malaysia.
Kita berasa amat
bersyukur kerana kita mempunyai peluang ini untuk menyambutkan Tahun Baru Cina
ini bersama-sama dengan anda di Negara
ini yang berbagai-bagai Kaum. Kita berjanji bahawa kita akan meneruskan usaha
kita dalam berkhidmat untuk anda semua demi mencapai pembangunan dan
kegemilangan negara maju kita, Malaysia dan untuk generasi ke generasi.
Bagi Tahun Ular
ini, kita akan menepati janji kita untuk meneruskan usaha dalam mengukuhkan
perpaduan antara satu sama lain dalam Malaysia yang merupakan teras utama untuk
mencapai negara yang maju, aman, damai dan berpendapatan tinggi serta negara
yang berpelbagai kaum dengan mengikuti Falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.
Selamat Tahun Baru
Cina ! Gong Xi Fa Cai ! Happy Chinese
New Year !
Popular Posts
-
En. Allan Liew Sin Kim (Timbalan Pengerusi 2 Biro Pengaduan Awam MCA Selangor) telah menghadiri satu sidang akhbar di MCA Petaling...
-
Dari kanan ke-3 En. Allan Liew dengan pengadu-pengadu En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang) telah mengad...
-
En. Allan Liew Sin Kim telah dijemput untuk ke majlis pecah tanah SJK(C) Bukit Serdang. Majlis ini bertujuan sebagai satu pembukaan ...