Monday, March 4, 2013

SIASATAN SYABAS TERHADAP MASALAH KEBOCORAN AIR DI JALAN 2/15 KAMPUNG BARU BALAKONG




En. Allan Liew Sin Kim (Ketua Biro Aduan Awam MCA Serdang) dan En. Yap Yoon ( Ketua Kampung Baru Balakong, JKKP) telah menghubungi Syabas untuk menyiasat masalah kebocoran di Jalan 2/15 Kampung Baru Balakong dan menyebabkan air keluar. Penduduk telah membuat aduan kira-kira sebulan lepas. Menurut pihak Syabas, selepas siasatan, air yang mengalir keluar tidak mengandungi klorin dan ini menunjukkan air yang mengalir keluar adalah tidak berkaitan dengan Syabas dan masih tidak tahu sebab utama yang mengakibatkan masalah ini. Sebelum ini, pihak Syabas telah datang dan menbaiki untuk 2kali, tetapi selepas pembaikan, masalah tidak diselesaikan.



1.  Selepas siasatan pada hari ini, En. Allan Liew dan En. Yap Yoon telah memahami bahawa masalah kebocoran ini adalah tidak berkaitan dengan Syabas dan berharap bahawa pihak Syabas dapat memberi satu surat untuk menyatakan bahawa masalah air mengalir keluar dari bawah jalan adalah tidak berkaitan dengan mana-mana pihak dari Syabas.

2. En. Allan Liew dan En. Yap Yoon akan melaporkan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan berharap pihak dari MPKj akan mengambil prihatin dalam meneliti masalah ini dan menyelesaikan masalah ini.

3. En. Allan Liew berpendapat bahawa, MPKj dan Syabas perlu membuat satu perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

4. En. Allan Liew dan En. Yap Yoon berpendapat bahawa air yang mengalir keluar ke jalanraya akan menyebabkan jalanraya menjadi licin dan adalah amat berbahaya terhadap pengguna jalanraya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts